Fakulti Pembangunan Sosial
Permanent URI for this collection
Browse
Recent Submissions
Item KAJIAN TERPERINCI TERHADAP PENGUATKUASAAN PEMELIHARAAN ARKEOLOGI MARITIM DI MALAYSIA(UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, 2021) NIK NURHALIDA BINTI NIK HARIRYItem Al-I‘Józ Al-‘Ilmô Dalam Al-Qur´Ón: Persepsi Golongan Agama Di Kuala Terengganu(Universiti Malaysia Terengganu, 2012-03) Wan Helmy Shahriman Bin Wan AhmadAl-Qur´Én merupakan salah satu daripada banyak mukijizat yang diberikan kepada Rasul yang terakhir nabi Muhammad (s.a.w). Kehebatannya terus berkekalan sejak lebih kurang 1430 tahun yang lalu dan dijamin kekal sehingga hari kiamat. Antara hikmah berkekalan mukjizat al-Qur´Én itu agar umat manusia pada akhir zaman ini dapat menguatkan lagi keimanan mereka terhadap agama suci ini secara amnya dan kebenaran kitab Allah (s.w.t) khasnya. Justeru, mereka menjalani kehidupan di muka bumi ini berpandukan kepada kitab suci tersebut demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kehebatan al-Qur´Én boleh diklasifikasikan kepada beberapa aspek. Antaranya aspek bahasa, syariat dan ilmiah yang mustahil ditandingi oleh sesiapapun di alam ini. Allah (s.w.t) telah mencabar seluruh makhluk yang masih meragui kebenaran al-Qur´Én agar mendatangkan sebuah kitab sepertinya. Namun begitu, sehingga kini tiada sesiapapun yang berjaya.Item Pelaksanaan pengajaran bahasa Arab di Kelantan dan Terengganu :(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2011-06) Salina AhmadKajian ini bertujuan membuat tinjauan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Kelantan dan Terengganu. Kajian ini melihat matlamat dan pelaksanaan pengajaran bahasa Arab dalam bidang pengajian Islam. Matlamat jangka panjang pengajaran bahasa Arab ialah seperti yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan Islam dan tradisi keilmuan Islam; manakala matlamat jangka pendeknya ialah seperti mana yang termaktub dalam kurikulum pendidikan bahasa Arab.Item Perlaksanaan rawatan pemuliharaan dadah berdasarkan pendekatan Islam di Pondok Remaja Inabah(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-08) Sabir Abdul GhaniGejala penagihan dadah merupakan isu global yang dikongsi bersama masyarakat dunia termasuklah Malaysia. Masalah yang dihadapi ini jika tidak diatasi pada peringkat awal mengakibatkan produktiviti sesebuah negara menurun. Data penagihan dadah yang dilaporkan pada Jan-Julai 2011 memperlihatkan data penagihan dadah seramai 7,346 orang terlibat dengan penagihan dadah.Item Al-I'Jaz Al-'Ilmi dalam Al-Quran(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012-03) Wan Helmy Shahriman Wan AhmadKonsep al-i 'jaz al- 'ilmi bermaksud fakta-fakta ilmiah atau saintifik yang didapati dalam al-Quran. Konsep ini telah banyak diperbincangkan oleh para ulama silam dan masa kini dan didapati hampir 750 ayat-ayat al-Qur'an yang menyentuh tentang fenomena sains yang terdapat dalamnya. Konsep ini menjadi perdebatan di kalangan ulama Islam dalam meletakkan satu panduan kepada ilmuwan Islam yang ingin mengkaji tentang perkembangan sains menurut kacamata Islam.Item Perkaitan Waqf Qabih dengan tatabahasa Arab(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-05) Mohd Subhi HusseinKajian ini merupakan satu kajian yang menggabungkan antara bidang linguistik dan tajwid al-Quran. Aspek tatabahasa Arab yang menjadi tumpuan kajian ialah komponen-komponen yang membentuk ayat lengkap manakala aspek tajwid yang menjadi tumpuan kajian ialah "Waqf Qabih". "Waqf" merupakan satu perkara yang penting dalam kesempurnaan bacaan al-Quran. Penguasaan terhadap ilmu waqf sangat dititikberatkan. Namun demikian, "Waqf Qabih" sering berlaku dalam kalangan masyarakat umurn. Pelbagai faktor dilihat menjadi punca berlakunya "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran. Antara faktor tersebut ialah kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri "Waqf Qabih" dengan baik. Kajian ini dijalankan untuk membicarakan tentang "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran dan perkaitannya dengan tatabahasa Arab.Item Faktor persatuan yang mempengaruhi gaya kepengikutan dalam gerakan Belia 4B negeri Terengganu(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-08) Mohd Soufi Mohd IbrahimKajian ini merupakan kajian dalam bidang pengurusan sumber manusia. Fokus utama kajian adalah gaya kepengikutan dalam organisasi. Gaya kepengikutan dalam organisasi boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti gaya dan faktor kepengikutan dalam Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri Terengganu. Pendekatan kuantitatif kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden daripada populasi kajian ini terlibat untuk menjawab soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian yang lepas. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini, iaitu 0.895. Jumlah soal selidik yang dipulangkan dianalisis dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi rnenguji hubungan antara faktor-faktor, analisis korelasi digunakan. Manakala bagi rnendapatkan faktor dominan dari keseluruhan faktor yang dianalisis, analisis regrasi dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengikut suvaival merupakan rnajoriti diikuti dengan pengikut pasif dan pengikut aktif.Item Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ilmu dalam bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-03) Hamdan Azmi Abd. AzizKajian ini menganalisis penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ilmu dalam kalangan tenaga akademik di institusi pengajian tinggi (IPT). Matlamat utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah persepsi tenaga akademik terhadap kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu di IPT khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, kajian ini juga menganalisis penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti kekangan-kekangan utama yang menghalang usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu serta memikirkan strategi-strategi terbaik untuk mengembalikan semula fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa utama di IPT.Item Niat meneruskan penggunaan teknologi e-pembelajaran(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-01) Fahmi Zaidi Abdul RazakKajian tentang niat penerusan untuk menggunakan sesuatu teknologi adalah sangat penting kerana penggunaan teknologi yang tidak konsisten akan menyebabkan pembaziran. Melalui sorotan karya, terdapat pelbagai teori yang menjelaskan bagaimana individu tertentu meneruskan penggunaan teknologi tertentu. Sungguhpun terdapat banyak kajian lepas yang mengintegrasikan teori-teori sistem maklumat untuk menjelaskan niat meneruskan penggunaan e-pembelajaran, namun tidak ada kajian yang menguji peranan Unified Theory ofAcceptance and Use of Technology (UTAUT), Self-Determination Theory (SOT), Model kejayaan sistem maklurnat DeLone dan McLean dan Expectation-Confirmation Model (ECM) untuk menjelaskan niat penerusan penggunaan e-pembelajaran.Item Yemen secondary school students' attitude towards education and achievement motivation(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-10) Khazendar, Abdulelah MohammedThe education system in Yemen is still in developing phase. The current study thus undertaken to examine the differences in domains of attitude towards the education of the secondary high school students and its relationship to achievement motivation based on genderItem Model kepemimpinan pengajaran pengetua, efikasi dan kompetensi pengajaran(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012-09) Mohd Yusri IbrahimKepemimpinan pengajaran pengetua telah dikenal pasti sebagai faktor penting untuk kejayaan akademik sesebuah sekolah. Namun realiti, pengetua lebih banyak memperuntukkan masa untuk melakukan pelbagai tugas pengurusan dan pentadbiran yang rutin, bukannya kepemimpinan pengajaran. Pengetua juga tidak dapat melaksanakan fungsi kepemimpinan pengajaran dengan berkesan kerana belum ada model kepemimpinan pengajaran yang bersesuaian dengan persekitaran pendidikan tempatan. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model modifikasi kepemimpinan pengajaran pengetua berlatarkan sistem pendidikan tempatan.Item Analisis morfologi kata kerja bahasa Arab dalam Surah Al-Waqi'ah(Tesis FPS, 2011-08) Ahmad Fakrulazizi Abu BakarKajian ini merupakan satu kajian dalam bidang morfologi bahasa Arab. Tumpuannya ialah kepada golongan kata kerja yang merupakan golongan kata paling banyak menerima penelitian morfologi. Tujuan kajian adalah untuk menonjolkan kepentingan perbahasan morfologi serta kesannya terhadap makna dan penterjemahan kata kerja Arab ke dalam bahasa Melayu.Item Kajian penilaian program pemantapan akidah di masjid negeri Terengganu(Fakulti Pembangunan Sosial, 2011) Abdullah MohamadKajian penilaian program pemantapan akidah di masjid di negeri Terengganu telah dipilih. Faktor keberkesanan dalam pemantapan akidah melaui program di masjid dikaji dan meliputi faktor seperti keupayaan akademik tenaga pengajar, metodologi penyampaian kepelbagaian kitab yang digunakan dan sebagainya.Item Penentu kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan Majlis Perbandaran Tambon Khokpho, Thailand(Fakulti Pembangunan Sosial, 2011) Aleesa, YalaekhoKepuasan penduduk dilihat sebagai indikator kepada kejayaan majlis perbandaran untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk. Bagi mencapai kepuasan, kajian diperlukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan majlis perbandaran.