Faktor persatuan yang mempengaruhi gaya kepengikutan dalam gerakan Belia 4B negeri Terengganu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kajian ini merupakan kajian dalam bidang pengurusan sumber manusia. Fokus utama kajian adalah gaya kepengikutan dalam organisasi. Gaya kepengikutan dalam organisasi boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti gaya dan faktor kepengikutan dalam Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri Terengganu. Pendekatan kuantitatif kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden daripada populasi kajian ini terlibat untuk menjawab soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian yang lepas. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini, iaitu 0.895. Jumlah soal selidik yang dipulangkan dianalisis dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi rnenguji hubungan antara faktor-faktor, analisis korelasi digunakan. Manakala bagi rnendapatkan faktor dominan dari keseluruhan faktor yang dianalisis, analisis regrasi dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengikut suvaival merupakan rnajoriti diikuti dengan pengikut pasif dan pengikut aktif.
Description
Keywords
HD 57.8 .M6 2013, Mohd Soufi Mohd Ibrahim, Tesis FPS 2013, Followership, Personnel management
Citation