Perkaitan Waqf Qabih dengan tatabahasa Arab

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-05
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian yang menggabungkan antara bidang linguistik dan tajwid al-Quran. Aspek tatabahasa Arab yang menjadi tumpuan kajian ialah komponen-komponen yang membentuk ayat lengkap manakala aspek tajwid yang menjadi tumpuan kajian ialah "Waqf Qabih". "Waqf" merupakan satu perkara yang penting dalam kesempurnaan bacaan al-Quran. Penguasaan terhadap ilmu waqf sangat dititikberatkan. Namun demikian, "Waqf Qabih" sering berlaku dalam kalangan masyarakat umurn. Pelbagai faktor dilihat menjadi punca berlakunya "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran. Antara faktor tersebut ialah kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri "Waqf Qabih" dengan baik. Kajian ini dijalankan untuk membicarakan tentang "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran dan perkaitannya dengan tatabahasa Arab.
Description
Keywords
PJ 6123 .M6 2013, Mohd Subhi Hussein, Tesis FPS 2013, Arabic alphabet
Citation