Fakulti Pengurusan Ekonomi
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Pengurusan Ekonomi by Title
Now showing 1 - 20 of 1222
Results Per Page
Sort Options
Item Agihan perbelanjaan persekutuan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia : analisis ko-integrasi(Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2006) Mohd Helmi ZakariaKajian ini menganalisis kesan perlaksanaan alat dasar kewangan seperti perbelanjaan kerajaan dan hasil terhadap pertumbuhan ekonomi dan perbelanjaan agregat sektorsektor utama di Malaysia.Item Aliran pelaburan asing langsung dan permintaan pelancongan antarabangsa : kajian kes Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Lee, Wei HongKajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara jumlah kehadiran pelancong antarabangsa dengan pelaburan langsung asing di Malaysia sepanjang tempoh tahun 1974-2008. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana FDI mampu merangsang persekitaran sosioekonomi yang kondusif kehadiran pelancong antaranbangsa di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan ujian Kointegrasi GregoryHansen, ujian DOLS dan ujian FMOLS untuk mengesan hubungan jangka masa panjang dan pendek di antara pola kehadiran pelancong dan FDI. Hasil keputusan kajian menunjukkan FDI dan bilangan kehadiran pelancong tidak mempunyai hubungan jangka masa pendek tetapi kedua-dua pembolehubah-pembolehubah m1 hanya mempunyai hubungan integrasi jangka masa panjang.Item Aliran pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi Asean : bukti empirikal(Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2006) Nadiah Mohd RawiKajian ini mengkaji kesan Pelaburan Langsung Asing (FDD dan pertumbuhan ekonomi terhadap tiga buah negara anggota ASEAN.Item Analisa hubungan pemilihan kerjaya yang ketidaksuaipadanan dalam pasaran kerja di kalangan bakal graduan : kajian kes di Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2010) Kalaivani KrishnanKertas kerja ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pendorong ke arah pemilihan kerjaya yang ketidaksuaipadanan dengan kursus pengajian di kalangan bakal graduan di UNIT AR. Seramai 100 orang responden terdiri daripada siswazah program Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Perakaunan dipilih secara rawak daripada UNIT AR. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan biodata responden, Bahagian B yang melibatkan maklum balas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Manakala, Bahagian C dan D yang melibatkan kesan pemilihan kerjaya yang tidak sepadan dengan bidang kursus terhadap ekonomi dan pembangunan kerjaya serta cadangan kepada pihak bertanggungjawab. Data maklumat yang diperolehi telah di proses dan dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical Packages For The Social Science ' versi 11.5 dan penghuraian berdasarkan nilai kekerapan. Dapatan kajian mendapati faktor minat dan personaliti sangat mempengaruhi pemilihan kerjaya yang ketidaksuaipadanan dengan kursus pengajian di kalangan bakal graduan.Item Analisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Bong Li FongIsu mengenai kemiskinan dan kualiti hidup di Kuala Terengganu menjadi sangat penting kerana kebanyakan daripada isi rumah tergolong dalam golongan miskin dan pembasmian kemiskinan di kalangan golongan ini menjadi salah satu aspek yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pembasmian kemiskinan di Kuala Terengganu harus menekankan kepada pembangunan sektor utama yang produktif dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kajian ini menganalisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu. Kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Joseph P. Dejuan ( 1999) serta Joanne Cutler (2005) menunjukkan bahawa sememangnya terdapat hubungan yang kuat antara pendapatan dan kekayaan dengan perbelanjaan isi rumah. Justeru itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aspek pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, tabungan dan taraf hidup isi rumah. Data yang digunakan merupakan data primer yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 100 orang responden yang dipilih secara rawak di kawasan sekitar Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian korelasi menunjukkan bahawa tabungan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan jumlah pendapatan. Perbelanjaan makanan dan pengangkutan atau komunikasi mempunyai hubungan kuat dengan jumlah pendapatan manakala hubungan antara perbelanjaan kesihatan dengan jumlah pendapatan adalah sederhana. Dari aspek perbelanjaan pendidikan pula, kajian mendapati bahawa hubungan di antara perbelanjaan pendidikan dengan jumlah pendapatan dan jumlah pinjaman adalah sederhana. Waiau bagaimanapun, keputusan kajian regresi menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah bebas yang diuji adalah signifikan dengan pemboleh ubah bersandar.Item Analisis corak perbelanjaan dan pendapatan di kalangan isi rumah : kajian kes Alor Star dan Pendang, Kedah(Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nor Hafzan Abd RasidKajian ini bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan dan pendapatan isi rumah di daerah Alor Setar dan Pendang. Seramai 80 orang isi rumah yang berumur diantara 21 hingga 41 tahun ke atas dipilih sebagai responden kajian. Responden telah dipilih secara rawak dari dua buah daerah yang berlainan iaitu daerah Alor Setar dan Pendang. Kajian ini telah menggunakan data primer, di mana data primer diperoleh melalui hasil soal selidik secara rawak ke atas 80 orang responden di daerah Alor Setar dan Pendang. Basil analisis regresi berbilang ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat perbelanjaan isi rumah, mendapati faktor pendapatan isi rumah dan sektor pekerjaan responden adalah signifikan terhadap tingkat perbelanjaan isi rumah. Hasil analisis diskriptif juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan bagi peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan dan minuman, sewa rumah, ansurans kereta dan motosikal, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bayaran zakat, dan lain-lain perbelanjaan.Item Analisis corak perbelanjaan pelajar institusi pengajian tinggi (kajian kes di UMT)(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2010) Chow Aie LingPerbelanjaan merupakan kemestian bagi pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam segala aspek kehidupan seharian untuk bersara hidup semasa tempoh melanjutkan pelajaran di universiti. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis corak perbelanjaan pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, yang memfokuskan kawasan kajian kes iaitu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). lnflasi Malaysia telah menyebabkan kos perbelanjaan pendidikan dan kos sara hidup pelajar semakin meningkat dari setahun demi setahun. Oleh kerana kewangan terhad yang diterima oleh pelajar, maka corak perbelanjaan pelajar adalah amat penting diuruskan dengan baik supaya dapat menjalani kehidupan dengan lancar di universiti. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar UMT. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0. Hasil kajian menunjukkan pendidikan dan pembelajaran, makanan, dan penginapan merupakan antara peratusan perbelanjaan yang tertinggi kerana rnerupakan barang mesti sebagai seseorang pelajar IPT. Berdasarkan model regreasi berbilang yang dibentuk, didapati aliran pendidikan, tempat penginapan, dan gelagat pelajar merupakan pembolehubah-pembolehubah yang memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT, manakala pendapatan, jantina, dan tempat asal responden adalah tidak memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, R bemilai 0.614 dan R2 bemilai 0.377 rnenunjukkan bahawa semua pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah rnemberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT. Selain itu kajian ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk memberi maklumat kepada pelbagai pihak bagi membantu pelajar IPT pengurusan corak perbelanjaan dengan kewangan yang terhad secara bijak bagi melancarkan kehidupan di universiti.Item Analisis corak perbelanjaan pengguna di kawasan luar bandar(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2009) Ahmad Hafiz AbdullahKajian ini adalah untuk membuat analisis corak perbelanjaan masyarakat di kawasan luar bandar. Perlakuan pengguna adalah merujuk kepada bagaimana seorang pengguna memperuntukkan pendapatan wangnya terhadap pelbagai kombinasi barangan untuk memaksimunkan utiliti atau kepuasannya. Hasil kajian yang telah dilakukan menunjukkan masyarakat atau pengguna di kawasan luar bandar paling banyak berbelanja ke atas komponen makanan yang menjadi sumber utama kepada kehidupan manusia. Dari segi ekonomi, makanan adalah merupakan barang mesti yang akan tetap dibeli oleh setiap pengguna. Model yang dibina akan menerangkan hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar dalam fungsi matematik. Hasil kajian mendapati pembolehubah tingkat pendapatan bulanan sangat mempengaruhi jumlah perbelanjaan pengguna di kawasan luar bandar.Item Analisis daya saing eksport malaysia ke kesatuan Eropah(Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2006) Mohd Fakrullah JaludinPerluasan eksport tentunya akan menghadapi persaingan dengan negara lain terutamanya bagi keluaran yang sama. Daya saing merupakan salah satu daripada komponen penting dalam memastikan sesuatu produk itu diterima di peringkat antarabangsa.Item Analisis diskriminasi upah terhadap buruh wanita dalam industri perkilangan di Sabah(Universiti Malaysia Terengganu, 2009) Rohani MassakirangKajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis diskriminasi upah terhadap pekerja wanita dalam industri perkilangan di Sabah. Selain itu, kajian turut mengkaji latar belakang ekonomi pekerja wanita, mengkaji sama ada berlaku diskriminasi upah di kalangan pekerja wanita dan menganalisis sebab berlaku atau tidak diskriminasi upah dalam industri perkilangan di kalangan pekerja wanita. Method yang digunakan dalam kajian ini adalah pengumpulan data primer di mana beberapa buah kilang dipilih sebagai sampel. Kilang kilang yang dipilih pula tertumpu di dua buah daerah di Sabah iaitu Lahad Datu dan Tawau. Selain itu, untuk melihat perbezaan kadar bayaran upah antara pekerja wanita dan lelaki, persamaan Oaxaca turut digunakan dan didapati terdapat perbezaan upah sebanyak RM5.l 9 di antara pekerja wanita dan lelaki. Keputusan analisis menunjukkan tidak berlaku diskriminasi dari segi bayaran upah di kalangan pekerja wanita di Sabah. Berdasarkan dapatan kajian, cadangan dapat dibuat seperti kesaksamaan gender di mana ia diharapkan dapat membasmi diskriminasi gender dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan ekonomi.Item Analisis eksport perkilangan : kajian kes di Malaysia(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Hazira HalimKajian ini menumpu kepada analisis eksport perkilangan di Malaysia. Data kajian diperoleh daripada Jabatan Perangkan dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Regrasi Berbilang bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi hasil eksport perkilangan negara. Secara umumnya, fokus kajian ini ialah menganalisis hasil eksport perkilangan negara bagi tempoh 24 tahun iaitu dari tahun 1981 hingga tahun 2004. Kajian menunjukkan pemboleh ubah produktiviti, kadar tukaran asing dan guna tahap guna dalam sektor perkilangan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan hasil eksport perkilangan negara.Item Analisis faktor produktiviti menyeluruh sektor pembuatan terpilih di Malaysia : model stokastik frontier(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Norhasyimah DaliyanaPerubahan struktur ekonomi daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kejayaan Pelan Induk Perindustrian (1986-1995) menunjukkan pertumbuhan yang semakin menggalakkan dalam sektor pembuatan di Malaysia. Selaras dalam mempergiatkan lagi sektor pembuatan dalam RMKe-9 (20062010) menunjukkan perturnbuhan produktiviti sektor pembuatan begitu penting dalam menerajui pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan yang tinggi dalam KDNK Malaysia. Sumbangan sektor pembuatan dalam pengeluaran eksport dan pewujudan peluang-peluang pekerjaan serta meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa disamping pertumbuhan TFP yang tinggi menjadi faktor kajian ini dilakuk:an. Kajian ini menggunakan kaedah stochastic frontier analysis untuk mengkaji potensi pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia dengan melihat 12 industri dalam sektor pembuatan. Dapatan Kajian menunjukkan perturnbuhan TFP bagi industri makanan dan minuman, industri tekstil, industri kimia, dan indsutri getah dan plastik menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam pertumbuhan TFP bagi 12 industri terpilih. Oapatan kajian juga menunjukkan perturnbuhan produktiviti TFP output pengeluaran bukan sahaja disebabkan perturnbuhan input dan produktiviti menyeluruh tetapi juga disebabkan oleh pertumbuhan dalam teknologi dan kecekapan teknikal.Item Analisis faktor yang mempengaruhi tingkat pendapatan per-kapita penduduk Kuala Terengganu(Universiti Malaysia Terengganu, 2009) Saifuzzaim BaharumKajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat pendapatan per kapita penduduk Kuala Terenggan� Terengganu Darul Iman. Sehubungan dengan i� kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis faktor mana yang telah dipilih iaitu umur, taliap pendidikan, jumlah pendapatan dan cukai dikenakan mempunyai hunbungan yang kuat dengan tingkat pendapatan per-kapita penduduk. Kebanyakan data yang digunakan dalam kajian ini adalah data primer iaitu basil daripada soal selidik responden. Selain i� analisis deskriptif frekuensi, kolerasi dan regrasi digunakan dalam kajian ini untuk menghuraikan data yang diperolehi. Hasil kajian ini, mendapati bahawa semua pembolehubah tidak bersandar yang telah dinyatakan mempunyai hubungan dengan tingkat pendapatan per-kapita penduduk kecuali pembolehubah umur sahaja. Oleh itu, dalam kajian ini juga ada menyatakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi pendapatan per-kapita penduduk Kuala Terengganu.Item Analisis faktor-faktor penggunaan e-dagang dalam pembangunan ekonomi negara : kajian di negeri Pulau Pinang(Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Khor Hooi TingMalaysia merupakan sebuah negara yang aktif ke arah merancang, membangun, dan melaksanakan usaha ke arah penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TKM) di sektor awam dan swasta. Di sektor awam, urusan secara atas talian dengan perkhidmatan kerajaan di kenali sebagai E-kerajaan, manakala di sektor swasta dikenali sebagai E-dagang. Objektif kajian tersebut adalah menganalisis faktor-faktor penggunaan E-dagang di kalangan organisasi di negeri Pulau Pinang. Kaedah yang digunakan untuk menganalisis sampel adalah analisis deskriptif, kebolehpercayaan dan regrasi logistik. Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti jimat kos, keberkesanan, sasaran pihak kerajaan, faktor persaingan dan sebagainya. Keputusan kajian tersebut didapati bahawa, sebanyak 76 peratus daripada model yang diramal adalah tepat. Hasil kajian juga menunjukkan di kalangan pembolehubah-pembolehubah yang diramalkan terdapat beberapa pembolehubah signifikan dengan pembolehubah bersandar sahaja.Item Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar inflasi di Malaysia(Universiti Malaysia Terengganu, 2009) Zuraidi Majidlnflasi merupakan peningkatan dalam tingkat harga um urn secara berterusan dalarn ekonomi. Selain itu, inflasi juga disebabkan oleh terlalu banyak wang yang mengejar barangan dalarn pasaran. Inflasi menyebabkan kenaikan harga terhadap barangan dan perkhidmatan sekaligus mendorong kepada peningkatan kos hidup serta merendahkan taraf hidup masyarakat di sesebuah negara. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kepada analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar inflasi di Malaysia sepeti tren inflasi, faktor-faktor yang mempengaruhi kadar inflasi serta faktor-faktor lain yang mendorong peningkatan kadar inflasi. Hasil kajian mendapati bahawa kadar inflasi dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, tabungan, import barangan dan perkhidmatan, pengangguran, pertumbuhan populasi dan juga pekerjaan. Da1arn pada itu, kajian ini juga mengemukakan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh pengubal polisi dan badan badan yang berkaitan.Item Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan di Malaysia(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Ahmad Farhan IbrahimPerbelanjaan kerajaan merupakan salah satu komponen makroekonomi dan mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi suntikan kepada ekonomi negara selain daripada faktor pelaburan dan eksport. Perbelanjaan kerajaan yang produktif dan seimbang mampu meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat. Justeru itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan. Disamping itu kajian ini juga melihat sumbangan yang diberikan oleh faktor-faktor tersebut terhadap perkembangan ekonomi negara. Model yang diterbitkan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar (perbelanjaan kerajaan) dan beberapa pembolehubah bebas (faktor-faktor pilihan) dalam fungsi matematik. Kajian ini menggunakan kaedah analisis diskriptif untuk melihat pola perubahan perbelanjaan kerajaan dan analisis regrasi berbilang untuk mengenalpasti hubungan faktor-faktor tersebut kepada agihan perbelanjaan kerajaan dengan bantuan perisian "Statistical Package For Social Science" (SPSS). Dengan menggunakan aras keertian pada paras 0.05 peratus, kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan (populasi penduduk, hasil kerajaan dan subsidi) dengan menggunakan pengujian-t, pengujian-F pula mendapati bahawa kesemua faktor faktor yang telah dipilih dapat menerangkan perbelanjaan kerajaan secara keseluruhannya. Kaj ian juga mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan perbelanjaan kerajaan adalah lebih efektif dan dapat men jam in kesejahteraan rakyat.Item Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui di Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2009) Fatehawa AwalludinPenggunaan tenaga memainkan peranan penting dalam menentukan permintaan terhadap tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti produk petroleum, gas asli, elektrik dan arang batu. Hal ini adalah kerana segala aktiviti manusia saling berkait dengan penggunaan tenaga dalam proses meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia melalui permintaan akhir tenaga mengikut sektor. Namun, untuk menjadi sebuah negara yang setaraf dengan negara maju, Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui kerana sumber ini semakin berkurangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktorfaktor yang mempengaruhi permintaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui di Malaysia. Kajian ini melibatkan pembolehubah bebas seperti KDNK, pertumbuhan populasi dan permintaan akhir tenaga mengikut sektor di mana data sekunder digunakan untuk melihat sejauh mana ketiga-tiga pembolehubah bebas ini mempunyai hubungan dengan penggunaan tenaga.Item Analisis hasil dan perbelanjaan : kajian kes kerajaan Negeri Johor(Universiti Malaysia Terengganu, 2008) Farhana Ja'afarHasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen penting dalam dasar fiskal yang juga merupakan satu dasar kawalan langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat ekonomi sesebuah negara. Dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang cekap dan menyeluruh (holistik) memerlukan keseimbangan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pembolehubah hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen utama yang penting dalam kajian ini. Kerajaan Negeri Johor mengalami masalah bajet defisit yang berlarutan dan jika tidak ditangani akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri tersebut iaitu menyebabkan ekonomi negeri tidak berkembang. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi melihat hubungan antara hasil dan perbelanjaan yang menggunakan kaedah ekonometrik siri masa seperti Ujian Kointegrasi, Ujian Sebab-akibat Granger, Kaedah Penghuraian Varians dan fungsi tindak balas diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang positif dalam jangka pendek dan jangka panjang bagi semua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Penemuan hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting kepada strategi belanjawan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu, satu strategi belanjawan yang proaktif perlu dijalankan bagi menangani isu bajet defisit yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.Item Analisis hubungan di antara pengunaan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Nor Akmanira KasmiSetelah lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, jelas kini ekonomi dan persekitaran Malaysia telah banyak berubah dengan kepesatan pembangunan yang berlaku, sejajar dengan dunia yang semakin canggih dan moden. Pembangunan yang pesat antara tanda Malaysia kini lebih maju berbanding 50 tahun dahulu. Ekonomi Malaysia juga semakin baik dari tahun ke tahun walaupun pernah berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang teruk seperti pada tahun 1997. Pelbagai sektor ekonomi telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan antara penyumbang terbesar ekonomi Malaysia adalah sektor tenaga. Malaysia memiliki sumber asli iaitu petroleum yang merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan negara. Tetapi, dengan pembangunan dan pengeksploitasian sumber-sumber tenaga yang ada, Malaysia juga telah berdepan dengan pencemaran alam sekitar. Ekoran daripada itu, kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan yang wujud di antara penggunaan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1970 hingga tahun 2010 iaitu merangkumi tempoh masa 41 tahun. Kajian ini menggunakan pendekatan ekonometrik yang terdiri daripada ujian kepegunan, ujian kointegrasi dan ujian model pembetulan ralat (VECM). Ujian penyebab-akibat dilakukan dalam melihat arah hubungan yang wujud di antara pemboleh ubah. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud satu hubungan jangka panjang di antara kesemua pemboleh ubah. Bagi jangka masa pendek, penggunaan tenaga dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi dasar yang penting kepada negara. Agak mustahil bagi pihak kerajaan mengambil langkah mengurangkan kadar pertumbuhan negara bagi memastikan penggunaan tenaga tidak berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, sebagai alternatif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi sentiasa mengalami peningkatan yang stabil, kerajaan perlu meningkatkan lagi penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui. lni kerana, sumber-sumber yang boleh diperbaharui ini sekaligus akan mengurangkan kesan yang negatif kepada alam sekitar. Oleh itu, pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan dan pada masa yang sama, tenaga digunakan secara lebih mapan.Item Analisis hubungan eksport pertanian (makanan) terhadap pertumbuhan negara(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2010) Zul Helmi Abdul RaniPada masa kini, pembangunan dalam sektor pertanian kadangkala diabaikan oleh sesebuah negara yang sedang membangun dalam proses mencapai negara industri. Hal ini terjadi kerana terdapat anggapan yang mengatakan bahawa sektor industri memiliki kesan luaran dan teknologi tinggi manakala sektor pertanian merupakan ciri-ciri negara tradisional. Waiau bagaimanapun, pembangunan dalam sektor pertanian terutamanya makanan tidak boleh diabaikan dalam mencapai status negara industri (Hidayat Amir, 2004). Krisis ekonomi yang ber1aku pada tahun 1990an telah menunjukkan bahawa sektor pertanian (makanan) dapat bertahan dalam krisis tersebut di mana menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui aktiviti eksport pertanian (makanan) walaupun jumlah dagangannya melalui eksport makin mengecil (Fatimah Mohd Arshad, 1999). Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh manakah hubungan eksport pertanian (makanan) terhadap pertumbuhan negara yang diukur sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar bersama-sama pembolehubah bebas iaitu eksport dan import jumlah bahan makanan serta guna tenaga yang ter1ibat dalam sektor pertanian. Hasil kajian mendapati bahawa sektor pertanian (makanan) mernpunyai hubungan yang positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar melalui kaedah penghtnian secara deskriptif dan analisis model regresi. Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor pertanian per1u di bangunkan seiring dengan sektor-sektor lain di negara ini.