Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan di Malaysia
Loading...
Date
2008
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Perbelanjaan kerajaan merupakan salah satu komponen makroekonomi dan mempunyai
peranan penting dalam mempengaruhi suntikan kepada ekonomi negara selain daripada
faktor pelaburan dan eksport. Perbelanjaan kerajaan yang produktif dan seimbang mampu
meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara seterusnya meningkatkan taraf hidup
rakyat. Justeru itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor
yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan. Disamping itu kajian ini juga melihat
sumbangan yang diberikan oleh faktor-faktor tersebut terhadap perkembangan ekonomi
negara. Model yang diterbitkan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar
(perbelanjaan kerajaan) dan beberapa pembolehubah bebas (faktor-faktor pilihan) dalam
fungsi matematik. Kajian ini menggunakan kaedah analisis diskriptif untuk melihat pola
perubahan perbelanjaan kerajaan dan analisis regrasi berbilang untuk mengenalpasti
hubungan faktor-faktor tersebut kepada agihan perbelanjaan kerajaan dengan bantuan
perisian "Statistical Package For Social Science" (SPSS). Dengan menggunakan aras
keertian pada paras 0.05 peratus, kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang
mempengaruhi perbelanjaan kerajaan (populasi penduduk, hasil kerajaan dan subsidi)
dengan menggunakan pengujian-t, pengujian-F pula mendapati bahawa kesemua faktorĀ
faktor yang telah dipilih dapat menerangkan perbelanjaan kerajaan secara
keseluruhannya. Kaj ian juga mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan
perbelanjaan kerajaan adalah lebih efektif dan dapat men jam in kesejahteraan rakyat.
Description
Keywords
LP 1 FPE 2 2008, Ahmad Farhan Ibrahim