Fakulti Pengurusan Ekonomi

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 20 of 1222
  • Item
    Faktor-faktor yang mempengaruhi eksport getah di Malaysia
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Kannathasan Rajah
    Kajian ini menganalisis penentu eksport getah di negara Malaysia bagi tempoh 35 tahun iaitu dari tahun 1976-2010. Dalam kajian ini, terdapat 3 pemboleh ubah yang digunakan sebagai penentu eksport getah iaitu harga getah, jumlah pengeluaran getah asli dan kadar pertukaran asing. Eksport getah dipengaruhi secara positif oleh harga getah, jumlah pengeluaran getah asli dan kadar pertukaran asing pada paras keertian I%. Kajian menunjukkan model linear merupakan model terbaik dalam analisis ini. 94.63% daripada variasi dalam jumlah eksport getah dapat diterangkan oleh harga purata getah, jumlah pengeluaran getah dan kadar pertukaran asing. Melalui hasil keputusan kajian jumlah pengeluaran getah merupakan faktor dominan bagi eksport getah. Keseluruhan keputusan penganggaran bagi model yang dibentuk ini memenuhi andaian-andaian ekonometrik yang penting iaitu tiada multikolineariti, dan tiada autokorelasi tetapi wujud heteroskedastisiti.
  • Item
    Penggunaan tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Norhayati Ahamad Adrus
    Pertumbuhan ekonomi adalah merupakan indikator penting dalam pembangunan negara manakala penggunaan tenaga pula merupakan salah satu elemen yang berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan antara penggunaan tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dalam jangka pendek dan jangka panjang. Kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis dan menilai penggunaan tenaga terhadap pembangunan ekonomi. Pengkaji menggunakan analisis siri masa bagi menganalisis data yang diperolehi menggunakan pendekatan pendekatan VAR. Dapatan membuktikan wujud hubungan jangka pendek antara pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan tenaga manakala dalam jangkan panjang, dapatan menunjukkan tidak wujud hubungan antara pertumbuhan ekonomi dengan penggunaan tenaga. Pengkaji mencadangkan kepada pengkaji akan datang agar memanjangkan tempoh kajian dan menambah pembolehubah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
  • Item
    Kecekapan dan produktiviti syarikat broker saham di Malaysia
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Zamzarina Abd Rahman
    Kajian ini menyelidik mengenai kecekapan dan produktiviti syarikat broker saham di Malaysia pada tahun 2009. Bagi kajian ini, sebanyak enam sampel ataupun unit pembuat keputusan digunakan untuk mengukur tingkat kecekapan dan produktiviti. Kaedah DEA (Data Envelopment Analysis) digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti bagi syarikat broker saham dengan menggunakan pendekatan CRS dan VRS. Keputusan mendapati bahawa hanya sebuah sahaja syarikat broker saham adalah dikategorikan sebagai cekap dan produktif berbanding yang lain.
  • Item
    Kecekapan dan produktiviti FTSE Bursa Malaysia KLCI
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Zakiah Zakaria
    Kertas kerja ini membincangkan tentang kecekapan dan produktiviti FTSE Bursa Malaysia KLCI. Kecekapan dan produktiviti sesuatu syarikat bergantung kepada beberapa faktor. Namun, dalam kajian ini, faktor input yang digunakan ialah modal saham, earning per share dan faktor output ialah hasil. Sebanyak 10 buah syarikat telah digunakan sebagai kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Data Envelopment Analysis (DEA). Kajian ini adalah untuk melihat adakah syarikat yang disenarai dalam papan utama mengikut kedudukan teratas mencapai kecekapan dan produktiviti sebenar. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa hanya dua syarikat yang mencapai kecekapan dan produktiviti.
  • Item
    Usahawan ibu tunggal dalam industri kecil dan sederhana (IKS) : kajian kes di Kuala Terengganu
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Zainebbeevi Kamalbatcha
    Kertas kajian ini membincangkan usahawan ibu tunggal yang menceburi bidang IKS di Kuala Terengganu. Selain itu, kajian ini fokus kepada faktor-faktor kejayaan ibu tunggal serta masalah yang dihadapi sebelum dan selepas memulakan perniagaan. Pengumpulan data melibatkan lima puluh orang responden disekitar kawasan Kuala Terengganu. Data dianalisiskan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Microsoft Excel. Hasil kajian mendapati faktor kejayaan yang utama ibu tunggal adalah sikap yang ingin berdikari dan anak menjadi sumber inspirasi untuk berjaya dalam perusahaan mereka.
  • Item
    Analisis keberkesanan program-program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kraftangan Kuala Terengganu
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Yahya Kerudang
    Kajian ini dijalankan ke atas para pengusaha kraftangan tembaga di kawasan sekitar Kuala Terengganu, untuk melihat persepsi mereka terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu program yang pemah dijalankan. Kajian ini telah menggunakan soal selidik yang mengandungi dua bahagian utama di mana bahagian A mengandungi profil responden dan bahagian B mengandungi pembolehubah bebas yang terdiri daripada kelakuan sikap dan tingkah laku, kaedah program, bahan program, korikulum, dan tenaga pengajar. Analisis data yang diperolehi daripada tujuh responden menunjukkan tahap keberkesanan program terhadap peserta program adalah tinggi , hal ini mendapati bahawa proram ini harus teruskan pada masa akan datang tetapi kepada peserta yang berminat dalam pengusahaan kraftangan tembaga. Memandangkan betapa pentingnya keberkesanan program kepada pengusaha kraftangan tembaga supaya mereka kekal di pasaran PKS.
  • Item
    Kemeruapan kehadiran pelancong Asia Timur ke Malaysia : aplikasi model Arima
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Wong Mee Peng
    Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. lsu-isu seperti alam sekitar, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Objektif-objektif utama kajian ini adalah untuk menerangkan volatiliti ketibaan pelancong Asia Timur iaitu pelancong dari negara China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan ke Malaysia. Keputusan menunjukkan bahawa kedatangan pelancong Asia Timur ke Malaysia mempunyai pelbagai kombinasi model ARIMA (p,d,q)12. Secara keseluruhan, tahap volatiliti kedatangan pelancong Asia Timur tidak banyak dipengaruhi dengan factor-faktor luaran dan ini menunjukkan bahawa ' Malaysia Truly Asia '.
  • Item
    Analisis penggunaan kenderaan ke atas pencemaran udara di Malaysia
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Valerissa Lodin
    Pencemaran udara merupakan salah satu masalah yang semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Antara sumber utama pencemaran udara di Malaysia adalah berpunca daripada asap-asap kenderaan bermotor yang membebaskan gas-gas seperti karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (N02), sulfur dioksida (S02), dan sebagainya yang akhirnya mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar. Sekiranya pencemaran udara ini tidak dikawal, ia akan menjejaskan kualiti hidup manusia, haiwan, dan tumbuhan dan akhirnya mengakibatkan kesan yang lebih besar seperti penipisan lapisan ozon dan pemanasan global. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan peningkatan penggunaan kenderaan di Malaysia kepada pencemaran udara menggunakan analisis siri masa. Beberapa ujian akan dilaksanakan seperti Ujian Punca Unit, Ujian Kointegrasi dan Ujian Vector Autoregression Estimates (VAR) bagi melihat hubungan di antara pencemaran karbon dioksida (CO2), jumlah penggunaan kenderaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif di antara penggunaan kenderaan dan pencemaran udara di Malaysia di mana semakin tinggi penggunaan kenderaan maka semakin tinggi pencemaran udara di Malaysia.
  • Item
    Ekonomi pengeluaran beras dan kecukupan diri di Malaysia (ARDL-ECM)
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Tajuddin Mustafa
    Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Di Malaysia, permintaan terhadap beras perkapita adalah sebanyak 118 kilogram setahun yang merangkumi 44% daripada jumlah pengambilan kalori. Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar yang perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk yang dijangka pada tahun 2010. Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sumber data sekunder sepenuhnya dimana ia diperoleh dari lnstitut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data yang digunakan adalah data siri masa iaitu dari tahun 1970 sehingga 2007. Kajian ini akan mengkaji dan menganalisis kesan pembolehubah bebas yang terdiri daripada KDNK, Jumlah Populasi dan Harga Beras terhadap Kuantiti Permintaan Beras di Malaysia dan pembolehubah bebas Jumlah Permintaan Beras, Luas Kawasan Tanaman Padi serta Harga Gandum terhadap Kuantiti Penawaran Beras di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model penganggaran Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan Error Correction Model (ECM). Hasil keputusan kajian yang dijalankan dengan menggunakan model penganggaran ARDL- ECM mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan yang ketara terhadap kelajuan penyelarasan jangka masa pendek bagi fungsi permintaan beras dan fungsi penawaran beras. Perbezaan yang ketara iaitu sebanyak 41 % berdasarkan keputusan kajian dengan menggunakan model penganggaran ARDL - ECM menunjukkan bahawa kuantiti beras yang ditawarkan tidak mampu untuk menampung permintaan terhadap beras jika sesuatu kemungkinan yang tidak diingini berlaku dalam jangka masa pendek.
  • Item
    Sumber pertumbuhan komoditi utama di Malaysia : satu analisis penyebab-akibat
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Zulkifly Rosnan
    Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sumber komoditi utama diMalaysia yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar. Antara sumber komoditi utama yang turut mejadi penyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ialah tanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran kayu balak dan pengeluaran petroleum. Pertumbuhan setiap komoditi dianalisis bagi mengetahui kesinambungan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar dan komoditi utama yang lain. Hasil keputusan yang dianalisis dengan mengunakan perisian microfit telah menunjukkan keempat-empat pembolehubah adalah pegun. Tetapi, kesemua pembolehubah diuji lagi dengan ujian kointegrasi dan ujian Granger Causaliti untuk mengetahui hubungan dalam jangka masa panjang.
  • Item
    Impak inflasi terhadap pengangguran dan keselamatan sosial
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Wong, Kin Hau
    Kajian ini adalah mengkaji hubungan antara inflasi dengan pengangguran dan bilangan kes jenayah di Malaysia: Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data inflasi, pengangguran dan bilangan kes jenayah di Malaysia sepanjang tempoh tempoh tahun 1980 sehingga 2004. Hubungan antara inflasi dengan pengangguran dan bilangan kes jenayah dapat ditentukan untuk menganggar nilai pembolehubah tersebut pada masa akan datang. Data kajian akan dianalisis dengan pelbagai ujian statistik dengan menggunakan perisian "E-views". Berdasarkan keputusan analisis statistik, penganggaran untuk data kajian pada masa akan datang dapat dibuat. Dasar-dasar yang sesuai juga dicadangkan untuk menghadapi masalah mengenai inflasi, pengangguran dan kes jenayah.
  • Item
    Kecekapan pengurusan zakat di negeri Johor
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Siti Fauziah Musa
    Zakat merupakan satu kewajipan bagi membantu dan meringankan beban umat Islam disamping mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Jumlah kutipan dan agihan menunjukkan kadar peningkatan yang memberangsangkan dari setahun ke setahun seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kesedaran dikalangan pembayar dan kewujudan organisasi pengurusan zakat yang lebih tersusun. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat kecekapan pengurusan zakat bagi setiap daerah di negeri Johor menggunakan data bulan bagi tahun 2010 yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Bagi membuktikna objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) menggunakan model BCC dan model CCR bagi mengukur tahap kecekapan berdasarkan kecekapan teknikal semulajadi dan jumlah kecekapan teknikal. Dapatan kajian menunjukkan hampir setiap daerah di Negeri Johor mencapai tahap kecekapan dimana nilai kecekapan yang diperoleh melebihi 0.5 kecuali bagi daerah Kulaijaya dan daerah Ledang. Bagi mengatasi masalah ketidakcekapan pengurusan zakat yang wujud, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini seperti melaporkan segala hasil kutipan dan agihan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan latihan kepada kakitangan dan sebagainya.
  • Item
    Sara diri dalam bekalan beras di Malaysia
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nurul Emira Bukhari
    Beras merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk di Asia terutamanya penduduk Asean termasuklah Malaysia. Namun begitu, pertumbuhan penduduk di Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Tambahan pula, Malaysia masih belum mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran bahan makanan ini bagi kepeduan penduduknya d.a.n perlu mengimport terutama daripada Thailand dan Vietnam (Kementerian Pertanian & Asas Tani).
  • Item
    Faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran bon di Malaysia
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Ting, Siew Ai
    Pembolehubah makroekonomi yang dapat mempengaruhi pasaran bon kurang dianalisiskan di Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh pembolehubah makroekonomi terhadap bon kerajaan di Malaysia. Pembolehubah makroekonomi yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti Penawaran Wang (M3), lndek Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan Kadar Pertukaran Wang Asing (ER) bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2009. Untuk mencapai objektif kajian telah menggunakan pelbagai kaedah penganggaran iaitu ujian kointegrasi johansen, ujian model vektor pembetulan ralat dan sebagainya. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa Penwaran Wang (M3) dan Kadar Pertukaran Wang Asing (ER) mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM).
  • Item
    Pengaruh kadar pertukaran dan keterbukaan ekonomi terhadap pelaburan langsung asing di Asean
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Tay, Phaik Leng
    Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan dinamik antara pelaburan langsung asing, kadar pertukaran dan keterbukaan ekonomi di ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang selama tempoh 1990 hingga 2009. Kajian ini menggunakan ujian Engle-Granger dan ko-integrasi Johansen-Juselius untuk menguji hubungan jangka panjang. Memandangkan wujudnya hubungan jangka panjang sesama pemboleh ubah, maka model pembetulan ralat (VECM) diaplikasikan bagi mengenalpasti hubungan jangka masa pendek dan tahap penyelarasan. Hasil keputusan kajian bagi Malaysia, Singapura dan Thailand menunjukkan bahawa mempunyai hubungan integrasi dalam jangka panjang manakala hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak mempunyai hubungan integrasi dalam jangka pendek dan jangka panjang di Indonesia. lmplikasi kajian ini adalah kerajaan ASEAN perlu memainkan peranan yang penting dalam peningkatan pelaburan langsung asing dari pelbagai cara yang tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi ASEAN.
  • Item
    Faktor penentu Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Syed Azman Syed Ali
    Keluaran Oalam Negara Kasar merupakan ukuran untuk menentukan pendapatan negara yang mana digunakan untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Terdapat banyak faktor yang menentukan Keluaran Dalam Negara Kasar antaranya ialah petroleum dan gas asli yang mana kedUcH!ua faktor ini telah dipilih di dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan petroieum dan gas asli ke atas Keluaran Oalam Negara Kasar. Satu model dibentuk berasaskan dari tahun 1973 sehingga 2009, kajian ini mendapati petroleum lebih banyak memberi sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar, di mana peningkatan satu peratus di dalam petroleum akan meningkatkan 0.64885 peratus dalam Keluaran Oalam Negara Kasar. Hasil kajian ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran Oalam Negara Kasar berbanding pengeluaran gas asli. Keputusan kajian ini juga seiring dengan penemuan kajian terdahulu, di mana kebanyakan negara pengeluar petroleum dan gas asli mendapati pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran Oalam Negara Kasar. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah keberuntungan pelaburan ekonomi di Malaysia serta keperluan pelaburan pengeluaran petroleum sebagai instrumen pembangunan ekonomi di Malaysia. Oleh itu kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran petroleum. Antara cadangan yang boleh diberikan adalah pembukaan telaga minyak, menggunakan teknologi yang dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dilombong, dan memberikan insentif kepada pencari gali atau pihak yang bekerjasama dengan pihak pencari gali. Adalah diharapkan bahawa dengan menggunakan cara ini pengeluaran petroleum dapat ditingkatkan seterusnya Keluaran Oalam Negara Kasar juga turut meningkat.
  • Item
    Faktor yang mempengaruhi penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia
    (Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012) Sumathy Madevan
    Migrasi merupakan suatu proses pengbijrahan buruh yang berlak:u hampir di semua negara di dunia ini. Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi penghijrahan buruh dan kajian ini lebih berfokus pada buruh Indonesia yang berhijrah ke Malaysia. Antara fak:tor yang mempengaruhi penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia adalah KDNK per kapita, indek persekitaran kerja di Malaysia dan kadar pengangguran di Indonesia. Sebenarnya, peningkatan dalam penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia akan memberi kesan yang sangat besar kepada perturnbuhan ekonomi. Hubungan diantara KDNK per kapita, kadar pengangguran, indek persekitaran kerja dan pengbijrahan buruh Indonesia ke Malaysia ak:an dilihat berasaskan kaedah empirikal dengan menggunakan data siri masa bagi tempoh 1999-2008. Hasil kajian didapati, ketiga-tiga pembolehubah bebas berhubung positif dengan penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia. Pembolehubah bebas iaitu KDNK perkapita dan indek persekitaran kerja di Malaysia telah menjadi sebagai fak:tor tarikan bagi buruh Indonesia dan kadar pengangguran di Indonesia menjadi sebagai fak:tor tolakan bagi mereka. Hasil kajian yang diperolehi juga telah menyamai beberapa kajian lepas.
  • Item
    Analisis kecekapan pembangunan koperasi di Malaysia
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nur Shahirah Bidin
    Koperasi merupakan sebuah entiti pemiagaan dimana pembentukannya menggunakan prinsip dan falsafah iaitu bukan kepentingan individu atau golongan yang lain tetapi kepentingan bersama bagi golongan-golongan yang menubuhkan koperasi tersebut. Perkembangan koperasi diperlihatkan semakin meningkat dari tahun ke tahun seterusnya menjadi sektor ketiga terpenting yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Dengan itu, pihak kerajaan telah mewujudkan satu dasar iaitu Dasar Koperasi Negara (DKN) bagi membantu dalam perkembangan sektor koperasi. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecekapan koperasi di Malaysia yang membawa kepada pengiktirafan oleh kerajaan bahawa koperasi merupakan sektor ketiga yang terpenting yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini telah menggunakan data sekunder iaitu data yang diperolehi daripada pihak ketiga. Data statistik yang telah digunakan adalah selama 10 tahun di mana ia diperolehi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Analisis kecekapan yang digunakan adalah Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) dengan menggunakan Model CCR dan BCC keatas input serta output. Setelah analisis dijalankan, didapati bahawa terdapat sebuah koperasi sahaj a yang menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) manakala 7 koperasi yang lain iaitu Koperasi Permodalan Felda Berhad, Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Malaysia Berhad, Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) tidak dapat menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun. Dengan itu, beberapa altematif perlulah diambil oleh pihak koperasi serta keraj aan dalam menangani masalah ketidakcekapan dalam penggunaan input serta pengeluaran output. Jika masalah ini diatasi, bilangan koperasi dalam menggunakan input serta mengeluarkan output dengan lebih cekap meningkat di masa akan datang.
  • Item
    Produktiviti dan kecekapan kelapa sawit, getah dan balak ; menggunakan pendekatan analisis DEA
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nur Hazwani Jamaluddin
    Objektif kertas kajian ini adalah untuk menganalisis kecekapan dan produktiviti komoditi utama sektor pertanian di Malaysia iaitu kelapa sawit, getah dan balak. Jangka masa data yang digunakan adalah daripada tahun 2000 sehingga tahun 2006 dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis Analisis Penyampulan data (tingkap) atau DEA-Windows. Diketahui bahawa komoditi primer utama atau pengeluaran utama yang banyak menjana kepada ekonomi negara adalah sektor pertanian yang antaranya adalah getah, kelapa sawit dan industri kayu balak. Ketiga-tiga sektor pertanian ini juga telah memberi banyak sumbangan terhadap guna tenaga di Malaysia dan sekaligus dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia. Justeru, antara matlamat kajian kertas ini adalah untuk membantu membangunkan sektor primer ini agar ianya masih dapat memberi sumbangan kepada KDNK negara walaupun pelbagai industri baru yang lebih berdaya saing akan muncul di dalam negara kita pada suatu hari nanti.
  • Item
    Permintaan petroleum dan pencemaran co2 di Malaysia : aplikasi siri masa
    (Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Nur Hamizah Parhin
    Kepesatan pembangunan ekonomi telah mendorong kepada peningkatan dalam penggunaan petroleum terutamanya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Pada masa yang sama, pencemaran CO2 juga meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan petroleum. Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana hubungan antara permintaan petroleum dengan pencemaran CO2 di Malaysia dari tahun 1980 hingga tahu 2008. Bagi membuktikan objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan analisis siri masa meliputi beberapa ujian seperti Ujian Kointegrasi, Vector Auto Regression dan Ujian Wald. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka masa panjang diantara pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji mencadangkan pengkaji seterusnya menggunakan pembolehubah lain bagi mengkaji pencemaran CO2 di Malaysia.