Analisis corak perbelanjaan dan pendapatan di kalangan isi rumah : kajian kes Alor Star dan Pendang, Kedah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan dan pendapatan isi rumah di daerah Alor Setar dan Pendang. Seramai 80 orang isi rumah yang berumur diantara 21 hingga 41 tahun ke atas dipilih sebagai responden kajian. Responden telah dipilih secara rawak dari dua buah daerah yang berlainan iaitu daerah Alor Setar dan Pendang. Kajian ini telah menggunakan data primer, di mana data primer diperoleh melalui hasil soal selidik secara rawak ke atas 80 orang responden di daerah Alor Setar dan Pendang. Basil analisis regresi berbilang ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat perbelanjaan isi rumah, mendapati faktor pendapatan isi rumah dan sektor pekerjaan responden adalah signifikan terhadap tingkat perbelanjaan isi rumah. Hasil analisis diskriptif juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan bagi peratusan pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan dan minuman, sewa rumah, ansurans kereta dan motosikal, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bayaran zakat, dan lain-lain perbelanjaan.
Description
Keywords
Corak Perbelanjaan dan Pendapatan, Isi Rumah, Analisis Regresi Berbilang, Analisis Diskriptif
Citation