Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 57
Results Per Page
Sort Options
Item Beberapa konsep baru dalam ruang topologi kabur Chang(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-01) Mazlina Muzafar ShahRuang topologi kabur merupakan pungutan subset kabur dalam suatu ruang yang memenuhi tiga syarat. Oleh disebabkan kajian mengenai ruang topologi kabur mula dikaji dari pelbagai aspek, kajian ini menfokuskan ruang topologi kabur Chang. Ruang topologi kabur Chang telah menjadi peneraju beberapa perkembangan konsep-konsep baru seperti kejiranan kabur, fungsi selanjar kabur, homeomorfisma kabur dan tudung kabur. Dalam kajian ini, beberapa konsep baru berdasarkan ruang topologi kabur Chang telah diperkenalkan iaitu prinsip pemilihan kabur dan ruang bertudung kabur.Item Model regresi logistik dan rangkaian neural(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-04) Nor Bazilah SafiarPenggunaan model statistik untuk meramalkan kegagalan perniagaan telah mendapat perhatian pada masa kini. Walau bagaimanapun, sangat sedikit kajian telah dijalankan untuk meramalkan kerugian dalam perniagaan sesebuah koperasi. Objektif kajian ialah untuk membina model Regresi Logistik (RL) dan Rangkaian Neural (RN), membandingkan dan mengenalpasti model ramalan terbaik (RL dan RN) serta mengenalpasti pembolehubah penting dalam peramalan kerugian koperasi. Data 2009 sehingga 2011 diperolehi daripada Jabatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Terengganu di analisis menggunakan SPSS Clementine versi 12.0. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah Prun di dalam model RN memberikan nilai pengujian yang paling tinggi iaitu 82.77%, nilai kepekaan iaitu 82.90%, nilai ketentuan iaitu 75% dan kadar ralat (MSE) terendah iaitu 17%. Modal menjadi pembolehubah yang paling mempengaruhi kerugian koperasi kerana mempunyai nilai yang paling tinggi iaitu 0.23(23%).Item Structural equation modeling in students' mathematics achievement(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-08) Al-Agili, Mohamed Z. G.The current study offers a comprehensive approach to identify the factors that influence students' achievement in mathematics, and to understand the relationship between these factors and the students' achievement in mathematics. Moreover, to propose a model for students' achievement in mathematics and modeling the students' mathematics achievement at the secondary school in Libya through an attempt to expand the theoretical and experimental evidence concerning the structural relationships between the following eleven constructs: instructional quality, students' attitude, students' beliefs, mathematics anxiety, success attribution, school climate, class climate, self concept, changes in the curriculum, customs and traditions, and students' achievement in mathematics, Also to investigate the effects of these factors on the student achievements using sample data that consists of 406 students from secondary schools in Libya.Item New notions of generalized closed sets in fuzzy topological spaces(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-09) Nurul Adilla Farhana Abdul WahabBy considering A as a set in a space of points X which is characterized by a membership function,μ A (x), fuzzy sets and their properties are studied. Based on the concept of fuzzy set, Chang (1968) developed fuzzy topological spaces. In this thesis, two new notions of fuzzy generalized closed sets namely fuzzy θ-semigeneralized closed set and fuzzy θ-generalized semi-closed set are introduced. Moreover, some properties and characterizations of these two notions are obtained and the relationships among other notions from previous research are investigated. Counterexamples are shown if the implications of the relation are not true. Based on these two notions, new types of fuzzy separation axioms called fuzzy θ-generalized semi-T1/2, fuzzy semi-θ-T0, fuzzy semi-θ-T1 and fuzzy semi-θ-T2 spaces are obtained. Various mappings are developed from these new notions such as fuzzy θ-semi-generalized continuity, fuzzy θ-generalized semi-continuity, fuzzy θ-semi*generalized continuity, fuzzy θ-semi-generalized irresolute mapping, fuzzy θ-generalized semi-irresolute mapping, fuzzy θ-semi-generalized closed mapping and fuzzy θ-generalized semi-closed mapping.Item Pemodelan gerakan garisan tengah purata bergerak berpemberat secara eksponen dengan pendekatan cangkuk but (Bootstrap)(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-09-23) Nurul Hila ZainuddinSukuk Musyarakah adalah satu instrumen pelaburan bon Islam di Malaysia yang berasaskan penstrukturan semula bon konvensional menjadi bon patuh Syariah. Sebagaimana bon konvensional, kemruapan bon sukuk Musyarakah memainkan peranan penting dalam bidang pelaburan. Pulangan pelaburan sukuk adalah merupakan data siri masa yang bersifat bersandar dan berkolerasi semulajadi. Dalam proses kawalan berstatistik (Statistical Process Control, SPC), model carta piawai Purata Bergerak Berpemberat Secara Eksponen (Exponentially Weighted Moving Average, EWMA) banyak diaplikasikan dalam bidang kewangan, namun begitu carta ini digunakan untuk mengawas taburan data yang bersifat tidak bersandar dan sepercaman (independent and indentically distribution, iid).Item The extension of log-aesthetic planar and space curves(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-10) Yee, Lye PuiGeneralized Log-Aesthetic Curve (GLAC) is a high quality curve which has been enhanced from Log-Aesthetic Curve (LAC) and Generalized Cornu Spiral (GCS). LAC is synthesized from linear Logarithmic Curvature Graph (LCG), whereas GLAC can produced linear LCG gradient function. The first part of this research is dedicated to formulating offsets of LAC and the investigation of its evolutes which can be utilized to prevent cusps in LAC offset. The second part extends GLAC from planar curve to space curve and the resultant curve is denoted as Generalize Log- Aesthetic Space Curve (GLASC). GLASC is formulated by first constructing torsion profile similar to curvature profile in GLAC. It is then solved both curvature and torsion profile together with initial values in the form of Frenet-Serret frame. The final contribution of this thesis is the modification of GLAC formulation to control the curvature at the endpoints for a given length.Item Interval type-2 fuzzy inference system for tuning adaptive weighted multi-objective genetic algorithm(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-10) Pong, Kuan PengMany real world optimization problems involve multi-objectives. Multi-objective problems are problem with two or more objectives and generally conflicting with each other. Multi-objective optimization algorithms goals are converge to the set of Pareto optimal solutions and maintain of diversity among Pareto optimal solutions. Multi-objective optimization approaches can be divided into classical approaches and evolutionary algorithms. Classical approaches generally convert multi-objective function into single objective function and involve decision makers in the search. Evolutionary optimization algorithms use a population based approach in which a set of solutions evolves new solutions in the next generation. The use of population of solutions helps to simultaneously find a set of Pareto optimal solution, thus making evolutionary optimization computationally efficient. Genetic algorithm parameter is the key factor to determine genetic algorithm performance.Item Analisis sikap pelajar diploma terhadap matematik menggunakan model persamaan berstruktur dan regresi logistik(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-10) Husnizaaina Abdul MananPencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat diploma program kerjasama institusi pengajian tinggi awam (TPTA) kian membimbangkan dan meninggalkan kesan ke atas reputasi sesebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. Justeru itu, permasalahan ini perlu diselesaikan dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin dengan mengambil pelbagai langkah proaktif dalam memastikan keberkesanan pendidikan yang berkualiti tinggi. Mohamad (1994) menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik mempunyai hubungan yang kuat dengan sikap mereka.Item Kaedah tolak-tarik dengan analisis temporal untuk meningkatkan pembelajaran aktif dalam e-pembelajaran(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-10) Mohd Hafriz Nural AzhanPembelajaran adalah satu proses yang melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. ia juga melibatkan unsur-unsur kognitif, linguistik, motor dan kemahiran sosial yang boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang mana pelajar akan diberi tanggungjawab dalam pembelajaran. Dalam e-Pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan komputer. Untuk menyokong usaha ini, Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) membantu pensyarah untuk menguruskan kelas maya mereka dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, satu masalah yang ada dalam sistem ini ialah kurangnya penglibatan aktif sama ada dari pelajar atau pensyarah. Ini dikenali sebagai sindrom peti sejuk. Pelajar hanya menggunakan SPP ini di permulaan dan pada akhir semester.Item Perbandingan kaedah musa dan permodelan persamaan berstruktur bagi penentuan faktor yang berkeutamaan(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-11) Loshini ThiruchelvamKajian membandingkan dua jenis kaedah Matematik, iaitu kaedah Analisis Kepuasan Multi-Kriteria (MUSA) dan kaedah Permodelan Persamaan Berstruktur. Data yang digunakanan adalah data Tahap Kepuasan Para Pelajar Suatu Kolej Kediaman Terhadap Kualiti Perkhidmatan di Kolej Kediaman Mereka. Konsep yang ingin dibuktikan menggunakan kedua-dua kaedah ini adalah bahawa, dalam kalangan sekelompok faktor, akan terdapat suatu faktor yang berkeutamaan. Faktor tersebut adalah faktor yang dianggap penting oleh para pelanggan tetapi mereka tidak berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan bagi faktor tersebut. Perhatian yang lebih perlu diberi kepada faktor tersebut.Item Modified minimal model for effect of exercise on insulin sensitivity and glucose effectiveness in type 2 diabetic patients(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-12) Kamariah Noor Ab KaharThe classical minimal model with single compartment is modified by the assumption that the insulin decay rate is not always a first-order process, and a mathematical function for describing the insulin infusion rate is introduced. The modified model is used to study the two sets of published data including healthy human and Type 2 diabetes with different types of insulin infusion rates. The single- step fitting process took the glucose-insulin system as a dynamic integrated physiological system and generated the real optimized model parameters from the experimental data using the modified model. It also avoided the errors from the interpolation or extrapolation for taking measured insulin points as inputs, which were mostly published when using the single or multi-compartments minimal model.Item Pemodelan interpolasi splin-B kabur jenis-2 bagi masalah ketakpastian kompleks(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-12) Rozaimi ZakariaMasalah ketakpastian sering kali menjadi isu penting dalam menjalankan sesuatu kajian terutama dalam bidang pemodelan. Ini kerana, sifat ketakpastian yang dimiliki oleh suatu set data akan mengakibatkan model yang dilakukan mengalami kesukaran. Jika set data mempunyai tahap ketakpastian yang tinggi iaitu ketakpastian kompleks, maka model yang hendak dilakukan dengan menggunakan set data tersebut mustahil untuk dilakukan.Item Analisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilih(Universiti Malaysia Terengganu, 2014) Ang Syh HanEkonomi rantau Asia telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa dekad yang lalu, akan tetapi isu pengangguran dan kadar inflasi masih tidak mampu di kawal oleh pihak kerajaan menggunakan dasar fiskal dan monetari. Isu ini boleh diperjelaskan menggunakan teori tradisional Okun dan Phillips yang menterjemahkan hubungan negatif di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan pengangguran; dan hubungan antara pengangguran dan kadar inflasi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan kointegrasi dan penyebab menggunakan teori Okun dan Philips yang melibatkan negara maju dan negara membangun Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan menggunakan data siri masa tahunan sepanjang tempoh 1980-2010. Terdapat tiga teknik yang penting diambil kira dalam kajian ini untuk penganggaran data siri masa. Pertama, mengenal pasti tahap kepegunan menggunakan pendekatan tradisional dan moden menggunakan kesan perubahan struktur. Kedua, mengenal pasti hubungan kointegrasi menggunakan kerangka jangka masa panjang dan pendek. Ketiga, kajian ini menggunakan ujian penyebab untuk mengesan hubungan penyebab antara pemboleh ubah kajian. Keputusan keseluruhan kajian ini tidak seimbang dan bertentangan dengan hukum Okun dan Philips bagi beberapa negara kajian. Sehubungan itu, untuk mengimbangi pengangguran, inflasi dan pertumbuhan ekonomi, para pembuat dasar harus menilai isu ini dan menganalisis secara kolektif menyebabkan pengangguran dan tidak semata-mata fokus terhadap penetapan teori Okun dan Philips setiap masa.Item Model Utiliti Bermatematik Baharu Menurut Perspektif Ekonomi Islam(Universiti Malaysia Terengganu, 2014) Rusmi RasulDalam sistem ekonomi, kajian terhadap isu utiliti sememangnya telah dikaji secara meluas. Namun, aksiom dan teori yang diperkenalkan adalah kebanyakannya hanya berkisar sama ada tertumpu dalam konteks kualitatif atau kuantitatif sahaja. Manifestasinya, model utiliti dan aksiom kelakuan pengguna yang banyak diketengahkan sarat dengan nilai konvensional yang tidak mematuhi nilai keIslaman dan bercanggah dengan sistem ekonomi Islam. Justeru, penyelidikan ini bertujuan menghasilkan model utiliti bermatematik serta set aksiom kelakuan pengguna baharu yang lebih mempunyai nilai keIslaman dengan mengambil kira kedua-dua aspek kualitatif dan kuantatif.Kajian perbandingan nilai, kaedah aksioman dan analisis menjadi alat utama dalam penyelidikan ini dengan tujuan menjadikan model satu dimensi utiliti konvensional menjadi model dua dimensi utiliti sarat nilai Islam.Dalam pada itu, kaedah leksikografi digunakan bagi membentuk dan menerangkan tertib keutamaan pengguna dalam pemilihan komoditi sebagai langkah asas dalam menjelaskan model utiliti baharu yang menunjukkan keserasian dengan nilai Islam.Selain itu, penghayatan kepada nilai wasathiyyah juga diketengahkan sebagai suatu nilai Islam yang perlu diterapkan dalam aktiviti sistem ekonomi Islam.Item Scour Due To Overtopping And Steepness Of Breakwater(Universiti Malaysia Terengganu, 2014) Novan TofanyWave overtopping and breakwater steepness are believed to significantly influence hydrodynamics and scouring mechanism in front of a breakwater. However, the effects of these two factors have never been clearly described and completely investigated in the existing studies. This problem creates a gap in the knowledge of hydrodynamics and scouring mechanism in front of the breakwater. In the present study, a two-dimensional numerical model based on the Reynolds Averaged Navier- Stokes (RANS) equations and the Volume of Fluid (VOF) method is developed to fill this gap of knowledge. The model is combined with a k-ε turbulence closure, sediment transport, and morphological models with additional bottom shear stress terms in the momentum equations.Item Perbandingan Di Antara Model Regresi Logistik Dan Model Rangkaian Neural Terhadap Obesiti: Kajian Kes Pesakit Kencing Manis Jenis Kedua(Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Tengku Nurhanis Binti Tengku AdliObjektif kajian ini ialah untuk membina model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural, untuk membandingkan dan mengenalpasti model ramalan terbaik (model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural) untuk meramalkan obesiti dan untuk mengenalpasti pembolehubah penting (faktor- faktor) yang mempengaruhi obesiti. Data primer dikumpulkan daripada klinik kencing manis di HUSM, Kota Bharu (KB), Kelantan. Kajian ini menggunakan perisian SPSS Clementine versi 12.0 untuk membina model. Daripada kajian ini, model terakhir yang digunakan untuk meramalkan obesiti adalah kaedah Prun di dalam model Rangkaian Neural, kerana ia mempunyai nilai kadar ralat terendah iaitu 0.1094 (10.94%), nilai kepekaan tertinggi iaitu 0.9298 (92.98%) dan nilai ketentuan tertinggi iaitu 0.5714 (57.14%); manakala pembolehubah penting/faktor yang mempengaruhi obesiti ialah berat badan.Item Development of fuzzy topsis system for measuring human well being(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Rosilawati Binti OthemanThese days, systems in the multi-criteria decision making (MCDM) method are important. Systems are created to solve problems in order to help users solve mathematical problems faster, easier and more accurate. This research is aimed at developing a fuzzy TOPSIS system (FTS) for measuring human well-being, which uses objective weights to rank of four alternatives. MCDM is widely used in ranking one or more sets of available alternatives, with respect to multiple criteria.Item Perbandingan di antara model regresi logistik dan model rangkaian neural terhadap obesiti(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Tengku Nurhanis Tengku AdliObjektif kajian ini ialah untuk membina model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural, untuk membandingkan dan mengenalpasti model ramalan terbaik (model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural) untuk meramalkan obesiti dan untuk mengenalpasti pembolehubah penting (faktorfaktor) yang mempengaruhi obesiti.Item Modeling the multigroup moderator-mediator on motivation among youth using structural equation modeling (SEM)(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Wan Mohamad Asyraf Wan AfthanorhanThis study aimed to evaluate the factors used for develop a best model of multigroup moderator-mediator effect on motivation among youth in higher education institution towards volunteerism program. The data were collected through questionnaires distributed at four higher education institution. This questionnaire is constructed based on five dimension which is motivation, benefits, government support, barrier and challenges.Item Perbandingan Di Antara Model Regresi Logistik Dan Model Rangkaian Neural Terhadap Obesiti: Kajian Kes Pesakit Kencing Manis Jenis Kedua(Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Tengku Nurhanis Binti Tengku AdliObjektif kajian ini ialah untuk membina model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural, untuk membandingkan dan mengenalpasti model ramalan terbaik (model Regresi Logistik dan model Rangkaian Neural) untuk meramalkan obesiti dan untuk mengenalpasti pembolehubah penting (faktor- faktor) yang mempengaruhi obesiti. Data primer dikumpulkan daripada klinik kencing manis di HUSM, Kota Bharu (KB), Kelantan. Kajian ini menggunakan perisian SPSS Clementine versi 12.0 untuk membina model. Daripada kajian ini, model terakhir yang digunakan untuk meramalkan obesiti adalah kaedah Prun di dalam model Rangkaian Neural, kerana ia mempunyai nilai kadar ralat terendah iaitu 0.1094 (10.94%), nilai kepekaan tertinggi iaitu 0.9298 (92.98%) dan nilai ketentuan tertinggi iaitu 0.5714 (57.14%); manakala pembolehubah penting/faktor yang mempengaruhi obesiti ialah berat badan.
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »