Fakulti Sains dan Teknologi
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Sains dan Teknologi by Subject "Abdul Khalik"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Kajian ciri-ciri enapan, spesis dan kelimpahan komuniti ikan serta invertebrat dalam pelbagai zon vegetasi hutan paya laut(Fakulti Sains dan Teknologi, 2002-06) Abdul, KhalikSatu kajian tentang enapan, ikan, invertebrat dan makrobenthos dalam zon vegetasi hutan paya laut telah dijalankan daripada bulan Februari hingga Julai 2000. Kajian dijalankan untuk mengetahui tekstur dan ciri-ciri enapan yang terdapat pada setiap zon hutan paya laut dan hubungannya dengan kepelbagaian ikan, invertebrat dan makrobenthos yang dijumpai pada tujuh zon hutan paya laut yang telah dikenal pasti di Pulau Cik Wan Dagang, Kemaman, Terengganu, Malaysia. Hasil kajian mendapati tekstur enapan di zon Kandelia candel berkelodak halus manakala zon Rhizophora matang pula merupakan pasir yang sangat halus. Kekuatan ricih pada hutan paya laut di Pulau Cik Wan Dagang yang tertinggi ditemui di zon Bruguiera-Rhizophora (1.87 kPa). Manakala kekuatan ricih yang terendah direkodkan di zon Kandelia candel (0.53 kPa).