Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi.. by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 115
Results Per Page
Sort Options
Item Income distribution across ethnic groups in Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 1979-08) M. Yusof SaariItem Pembentukan model pola komunikasi keluarga, strategi pengurusan konflik dan kepuasan diri remaja(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-06) Aziyah Abu BakarKelonggaran hubungan ibu bapa dengan remaja dalam institusi keluarga menyebabkan remaja ccnderung untuk terlibat dengan salah laku. Dalam konteks ini, komunikasi keluarga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani masalah yang timbul antara ibu bapa dengan remaja. Walaupun pola komunikasi keluarga dikatakan seringkali menimbulkan konflik antara remaja dengan ibu bapa, namun remaja menyatakan bukan pola komunikasi keluarga itu yang menyusahkan mereka. tetapi bagaimana mereka dapat mengurus konflik tersebut scbagai faktor penting mcnentukan kepuasan diri mereka.Item Faktor Persatuan Yang Mempengaruhi Gaya Kepengikutan Dalam Gerakan Belia 4b Negeri Terengganu(Universiti Malaysia Terengganu, 2013-08) Mohd Soufi Mohd IbrahimKajian ini merupakan kajian dalam bidang pengurusan sumber manusia. Fokus utama kajian adalah gaya kepengikutan dalam organisasi. Gaya kepengikutan dalam organisasi boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti gaya dan faktor kepengikutan dalam Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri Terengganu. Pendekatan kuantitatif kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden daripada populasi kajian ini terlibat untuk menjawab soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian yang lepas. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini, iaitu 0.895. Jumlah soal selidik yang dipulangkan dianalisis dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi menguji hubungan antara faktor-faktor, analisis korelasi digunakan. Manakala bagi mendapatkan faktor dominan dari keseluruhan faktor yang dianalisis, analisis regrasi dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengikut suvaival merupakan majoriti diikuti dengan pengikut pasif dan pengikut aktif. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa faktor dalaman dan luaran boleh memberi pengaruh kepada kebanyakan kategori pengikut khususnya pengikut survaival. Sesungguhnya dapatan daripada kajian ini akan mempergiatkan lagi kajian lanjutan berkaitan dengan gaya kepengikutan dalam organisasi di Malaysia.Item Penguasaan kefahaman dan sintaksis bahasa Arab dalam kalangan pelajar sijil tinggi agama Malaysia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-09) Hazwani Abdul RahmanKefahaman dan sintaksis merupakan dua aspek penting dalam kemahiran membaca bahasa Arab. Ini kerana tujuan utama daripada perlakuan membaca adalah bagi memahami apa yang dibaca. Dalam masa yang sama, aspek kefahaman juga bergantung kepada baris yang terletak di akhir kata bagi menunjukkan maksud sesuatu ayat terutamanya ayat yang panjang dan kompleks.Item Kesan pertumbuhan ekonomi, pelaburan asing dan globalisasi terhadap pengangguran di Malaysia, Thailand dan Indonesia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-01) Rabiatul Adawiyah Mohd NohPengangguran merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh kebanyakan negara sedang membangun di ASEAN dalam 3 dekad yang lalu. Dalam menganalisis isu pengangguran, kajian ini dirangka untuk mengupas kesan pertumbuhan ekonomi, aliran pelaburan asing dan keterbukaan ekonomi dalam mencorakkan trend serta struktur pengangguran di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kajian ini menggunakan data bersifat siri masa tahunan yang meliputi tempoh 1980-2010. Sebagai langkah pertama, ujian punca unit digunakan untuk menentukan tahap kepegunan bagi setiap data siri data menggunakan pendekatan trend dan perubahan struktur. Seterusnya langkah kedua, kajian ini mengesan hubungan kointegrasi jangka masa panjang dan pendek dengan menggunakan pendekatan ujian kointegrasi pengganda kuasa terkecil dinamik (DOLS), ujian auto-regresif lat diedarkan ( ARDL) dan model pembetulan ralat (ECM). Keputusan empirik kajian jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi, pelaburan asing dan globalisasi memberi kesan langsung terhadap pengangguran di kalangan negara ASEAN-3. Keputusan ujian Penyebab Granger juga menampakkan hubungan bilateral dan unilateral antara kadar pengangguran dan pemboleh ubah bebas kajian. Penemuan kajian ini memberi manfaat kepada pada pembuat dasar dalam mengimbangi kadar pengangguran dan mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang mapan di masa akan datang.Item Kesan intervensi program berjalan kaki terhadap motivasi diri dalam aktiviti fizikal(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-06) Normar Binti AliKajian dijalankan bagi mengkaji kesan penetapan matlamat dan penggunaan pedometer bagi meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi program berjalan kaki selama lapan minggu.Item Kesan Intervensi Program Berjalan Kaki Terhadap Motivasi Diri Dalam Aktiviti Fizikal(Universiti Malaysia Terengganu, 2014-06) Normar Binti AliKajian dijalankan bagi mengkaji kesan penetapan matlamat dan penggunaan pedometer bagi meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi program berjalan kaki selama lapan minggu. Kajian eksperimen ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih KPLI Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Seramai 50 orang responden terlibat secara sukarela dari pelbagai opsyen pengajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk faktorial campuran bukan rawak terhadap tiga kumpulan eksperimen iaitu Kumpulan Capai Matlamat, Kumpulan Tanpa Matlamat dan Kumpulan Kawalan. Pemilihan responden berdasarkan komitmen dalam aktiviti fizikal dan matlamat yang ingin dicapai. Kumpulan Capai Matlamat di berikan intervensi penetapan matlamat melalui program jalan kaki. Responden diberikan dua soal selidik iaitu i) Behavioral Regulation in Exercise Questionnaire-2 (BREQ-2) dan ii) Motives for Physical Activities Measure - Revised (MPAM-R) bagi mengukur penetapan matlamat dan motivasi ke arah lakuan aktiviti fizikal. Data akan di analisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi menguji hipotesis nol, Ujian SPANOVA, MANOVA dan MANCOVA bagi pengukuran berulangan pada aras keertian p=<0.05. Dapatan kajian mendapati penetapan matlamat dan penggunaan pedometer mampu meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi jalan kaki. Implikasi kajian menunjukkan penetapan matlamat dan intervensi melalui program berjalan kaki ternyata memberikan motivasi dalam meningkatkan aktiviti fizikal kepada kumpulan Capai Matlamat berbanding dengan yang tidak diberikan intervensi.Item Permintaan pelancongan bilateral antara Malaysia dan Indonesia(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-07) Nur Aisyah YulizaKajian ini telah mengenal pasti cara bagi kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk terus mengekspoitasi sektor pelancongan mereka melalui pelarasan yang sesuai dalam mereka sadar-dasar pelancongan dan usaha pemasaranItem Permintaan Pelancongan Bilateral Antara Malaysia Dan Indonesia(Universiti Malaysia Terengganu, 2014-07) Nur Aisyah YulizaTujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor utama yang mempengaruhi corak aliran pelancong dua hala Malaysia- Indonesia. Objektif kajian ini di antaranya menentukan kewujudan hubungan jangka masa panjang antara kedatangan pelancong dengan indeks harga pengguna dan kadar pertukaran Malaysia dan Indonesia, mengukur kelajuan pelarasan diantara pembolehubah Malaysia dan Indonesia dan menentukan arah sebab akibat antara kedatangan pelancong dengan indeks harga pengguna dan kadar perukaran Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan data siri masa. Kajian ini menggunakan data bulanan dan suku tahunan dari tahun 1995 hingga 2011 dengan menggunakan pendekatan integrasi bersama dan model sebab-musabab. Hasil kajian secara umumnya mengesahkan bahawa indeks harga pengguna, kadar pertukaran dan faktor bukan ekonomi mempengaruhi kedatangan pelancong bilateral Malaysia-Indonesia. Kajian ini juga telah mengenal pasti cara bagi kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk terus mengeksploitasi sektor pelancongan mereka melalui pelarasan yang sesuai dalam mereka dasar-dasar pelancongan dan usaha pemasaran.Item Faktor yang mempengaruhi amalan kitar semula dalam kalangan generasi Y di IPT Negeri Terengganu(Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia, 2014-09) Che Ku Noor Haniza Che Ku HitamAmalan kitar semula telah dikenal pasti sebagai faktor penting untuk mengurangkan kadar penjanaan sisa pepejal bagi sesebuah negeri. Namun realiti, amalan kitar semula tidak menjadi amalan dalam gaya hidup seharian masyarakat. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model peramal amalan kitar semula generasi Y berlatarkan Negeri Terengganu. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji amalan kitar semula yang diamalkan oleh generasi Y serta mengenal pasti tahap, hubungan dan sumbangan faktor dalaman (sikap alam sekitar, sikap kitar semula, keprihatinan alam sekitar dan pengetahuan alam sekitar) dan faktor luaran (fasiliti kitar semula dan kos kitar semula). Sikap alam sekitar, sikap kitar semula, keprihatinan alam sekitar, pengetahuan alam sekitar, fasiliti kitar semula dan kos kitar semula adalah pembolehubah tidak bersandar, manakala amalan kitar semula merupakan pembolehubah bersandar.Item Analisis kekukuhan teori Okun dan Philips bagi negara Asia terpilih(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-10) Ang Syh HanEkonomi rantau Asia telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa dekad yang lalu, akan tetapi isu pengangguran dan kadar inflasi masih tidak mampu di kawal oleh pihak kerajaan menggunakan dasar fiskal dan monetari. Isu ini boleh diperjelaskan menggunakan teori tradisional Okun dan Phillips yang menterjemahkan hubungan negatif di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan pengangguran; dan hubungan antara pengangguran dan kadar inflasi.Item Innovativeness and human capital capacity towards economic development in asia pacific(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-10) Nor Fatimah Che SulaimanScholars agree on the stylized fact that human capital and innovation are the decisive factors that explain why some countries are rich and others remain poor (Aghion et al. 2009; Goldin and Katz 2008; Goldin and Katz 1998; Jones and Romer, 2010). On the one hand, human capital is seen as a substitute for technology: Better educated managers and workers are able to increase production even when the technology they use is constant. On the other hand, human capital is interpreted as an input in the R&D process and therefore rather a complement to technology. According to this view, an increase in human capital will lead to a more efficient adaption of superior technologies thereby shifting the frontier of the production possibility set outwards.Item Preparation and characterization of alkylphosphonium modified montmorillonite and linear low density polyethylene composites(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-11) Nor Hidayah SudinThermally stable organo-montmorillonites (OMMTs) were successfully synthesized as filler for linear low density polyethylene (LLDPE) composites. By applying cation exchange method, naturally occurring Na+ cation in the interlayer of sodium montmorillonite (Na+-MMT) was replaced by four different alkylphosphonium ions which were trihexyltetra decylphosphonium (THTDP), triisobutyl methylphosphonium (TIBMP), tributylmethylphosphonium (TBMP) and tetrabutylphosphonium (TBP). The insertion of alkylphosphonium ions into montmorillonite (MMT) interlayer was meant to change the hydrophilic nature of Na+-MMT to organophilic. This thus enhanced the compatibility between LLDPE matrix and MMT. The OMMTs were then characterized by Fourier transform infrared spectroscopy (FTIR), elemental analysis, thermogravimetric analysis (TGA) and X-ray diffraction (XRD). The LLDPE/OMMT composites were prepared via melt intercalation technique using an internal mixer at temperature 180oC, 80 rpm speed and 20 minutes residence time. The effect of OMMTs addition on the tensile, impact and thermal properties of LLDPE composites were evaluated. The morphologies of LLDPE/ OMMTs composites were analyzed by X-ray diffraction (XRD) and transmission electron microscopy (TEM) to characterize the nanoscale dispersion of the layered silicate.Item Kepelbagaian gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2014-12) Adnan Abdul Rashiddan Mumford (1992) dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diberi keutamaan oleh pelajar di samping mengetahui perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar aliran sains dengan aliran kemanusiaan, gaya pembelajaran mengikut jantina dan tempat tinggal serta hubungan pencapaian GPA bagi lima subjek teras dengan faktor demografi. Kajian ini melibatkan 256 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam daripada 12 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan berkaitan demografik dan 80 item daripada soal selidik Gaya Pembelajaran Honey and Mumford (1992).Item Pembuatan Polisi Syariat Islam Di Aceh: Kajian Kes “Peraturan Bupati Nombor 5 Tahun 2010”(Universiti Malaysia Terengganu, 2015-01) Nellis Mardhiah Binti SahidanTesis ini adalah mengenai pembuatan polisi awam di Aceh, khususnya mengenai syariat Islam di daerah Aceh Barat. Dengan memfokuskan kepada “Peraturan Bupati Aceh Barat Nombor 5 Tahun 2010” iaitu tentang “Penegakan Syariat Islam dalam Pemakaian Busana Islam” (PSIPBI) di Aceh Barat, tesis ini menjelaskan pembuatan polisi tersebut berdasarkan tiga objektif: i) menjelaskan proses “penstrukturan masalah polisi” di peringkat pembentukan agenda (agenda setting); ii) mengenalpasti ciri-ciri utama dalam pemformulasian polisi awam sebagai undang- undang rasmi di daerah Aceh Barat; dan iii) menjelaskan kekuatan serta kelemahan yang wujud dalam pembuatan polisi tersebut. Bagi mencapai kesemua objektif di atas, tesis ini telah menggunapakai kaedah kualitatif dengan menekankan aspek triangulasi data berdasarkan data primer dari dokumen-dokumen rasmi kerajaan serta temubual mendalam dengan pemberi maklumat utama (key informant) dan data sekunder. Dokumen-dokumen rasmi diperolehi dari pejabat-pejabat kerajaan di Aceh Barat serta laman web rasmi kerajaan manakala data temubual mendalam diperolehi dari temubual dengan tujuh (7) pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam agensi kerajaan di Aceh Barat semasa tempoh pembuatan polisi PSIPBI. Data sekunder diperolehi dari pelbagai universiti.Item Pengetahuan tradisi perubatan wanita orang asli batek di Kelantan(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2015-02) Wan Zaimah Mohd ZalamWanita Orang Asli Batek mempunyai keunikan dalam pemilikan pengetahuan tradisi perubatan. Namun, perkara ini masih kurang mendapat perhatian secara terperinci oleh penyelidik lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dalam pemilikan dan keterancaman pengetahuan tradisi perubatan wanita Batek. Lima objektif diteliti dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti pengetahuan tradisi perubatan yang dimiliki dan diamalkan wanita Batek, menjelaskan kebergantungan wanita Batek pada pengetahuan tradisi perubatan, mengenal pasti keterancaman pengetahuan tradisi perubatan wanita Batek, menghuraikan kecenderungan tindakan wanita Batek untuk memelihara pengetahuan tradisi perubatan dan menjelaskan kewujudan perhubungan antara pemilikan, pengamalan, kebergantungan, dan keterancaman dengan kawalan kecenderungan tindakan wanita Batek untuk memelihara pengetahuan tradisi perubatan.Item Pengalaman kaunseling dalam kalangan pesakit HIV di pusat perlindungan HIV, Terengganu(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2015-02) Tuan Norbalkish Tuan AbdullahKajian kualitif ini bertujuan mengkaji pengalaman kauseling pesakit HIV di pusat perlindungan pesakit HIV TerengganuItem Pengetahuan Tradisi Perubatan Wanita Orang Asli Batek Di Kelantan(Universiti Malaysia Terengganu, 2015-02) Wan Zaimah Mohd ZalamWanita Orang Asli Batek mempunyai keunikan dalam pemilikan pengetahuan tradisi perubatan. Namun, perkara ini masih kurang mendapat perhatian secara terperinci oleh penyelidik lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan dalam pemilikan dan keterancaman pengetahuan tradisi perubatan wanita Batek. Lima objektif diteliti dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti pengetahuan tradisi perubatan yang dimiliki dan diamalkan wanita Batek, menjelaskan kebergantungan wanita Batek pada pengetahuan tradisi perubatan, mengenal pasti keterancaman pengetahuan tradisi perubatan wanita Batek, menghuraikan kecenderungan tindakan wanita Batek untuk memelihara pengetahuan tradisi perubatan dan menjelaskan kewujudan perhubungan antara pemilikan, pengamalan, kebergantungan, dan keterancaman dengan kawalan kecenderungan tindakan wanita Batek untuk memelihara pengetahuan tradisi perubatan.Item Hubungan indeks syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi sebagai indikator pasaran modal Islam(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2015-03) Mohd Kamal OmarSeiring dengan objektif strategik keenam Pelan Induk Pasaran Modal untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat Pasaran Modal Islam antarabangsa maka tumpuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah dengan pemboleh ubah makroekonomi.Item Pengalaman sesi kaunseling dalam kalangan pelajar ponteng di Kuala Terengganu(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2015-03) Siti Sarah BrahimKajian kualitatif ini bertujuan melihat pengalaman kaunseling dalam kalangan pelajar ponteng. Pengalaman kaunseling pelajar ponteng membolehkan pengkaji mengetahui kesan sebenar kaunseling kepada pelajar yang pernah terlibat dengan ponteng. Seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar ponteng terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian ini juga adalah terdiri daripada pelajar yang sedang menjalani sesi kaunseling secara berterusan. Kaedah yang digunakan bagi pemilihan peserta kajian dalam populasi adalah kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Data dikumpulkan melalui siri temu bual bersama peserta kajian, pemerhatian tidak turut serta, dan juga penulisan diari. Sebelum pengkaji mengambil data sebenar temu bual awal terlebih dahulu dilakukan untuk melihat kesesuaian soalan kajian berdasarkan objektif kajian.