Faktor yang mempengaruhi amalan kitar semula dalam kalangan generasi Y di IPT Negeri Terengganu
Loading...
Date
2014-09
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia
Abstract
Amalan kitar semula telah dikenal pasti sebagai faktor penting untuk mengurangkan kadar penjanaan sisa pepejal bagi sesebuah negeri. Namun realiti, amalan kitar semula tidak menjadi amalan dalam gaya hidup seharian masyarakat. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan model peramal amalan kitar semula generasi Y berlatarkan Negeri Terengganu. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji amalan kitar semula yang diamalkan oleh generasi Y serta mengenal pasti tahap, hubungan dan sumbangan faktor dalaman (sikap alam sekitar, sikap kitar semula, keprihatinan alam sekitar dan pengetahuan alam sekitar) dan faktor luaran (fasiliti kitar semula dan kos kitar semula). Sikap alam sekitar, sikap kitar semula, keprihatinan alam sekitar, pengetahuan alam sekitar, fasiliti kitar semula dan kos kitar semula adalah pembolehubah tidak bersandar, manakala amalan kitar semula merupakan pembolehubah bersandar.
Description
Keywords
TD 794.5 .C3 2014, Che Ku Noor Haniza Che Ku Hitam, Recycling