Fakulti Sains dan Teknologi
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Sains dan Teknologi by Author "Ahmad, Ali"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Ketahanan dan keberkesanan unjam untuk perikanan rekreasi marin(Fakulti Sains dan Teknologi, 2000-08) Ahmad, AliSatu kajian perbandingan telah dijalankan ke atas dua rekabentuk unjam yang dinamakan sebagai Unjam A dan Unjam B untuk mengkaji keupayaan dari segi ketahanan disamping kepelbagaian dan kelimpahan ikan yang terdapat di tempat unjam tersebut diletakkan. Bahan pengumpul ikan untuk Unjam A dan Unjam B dibina menggunakan bahan yang sama iaitu jurai plastik dan kanvas tetapi rekabentuk kedua-duanya berbeza. Sauh untuk kedua-dua unjam ini diperbuat daripada konkrit. Unjam tradisional nelayan tempatan digunakan sebagai kontrol (Unjam C). Semua unjam diletakkan pada kedudukan kira-kira 1-3 batu nautika dari Pulau Kapas. Kedudukan setiap tapak unjam dengan tapak yang lain ialah kira-kira 0.75 batu nautika