Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim by Author "HAKIMI BIN MOHAMED"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item KESAN PEMBANGUNAN KEWANGAN, PERTUMBUHAN EKONOMI, DAN BEBAN HUTANG TERHADAP HASIL CUKAI DI MALAYSIA(Universiti Malaysia Terengganu, 2016-04) HAKIMI BIN MOHAMEDHasil cukai merupakan punca utama pendapatan sesebuah negara. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan atau penurunan hasil cukai. Di antaranya ialah pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan dan hala tuju di antara pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang terhadap hasil cukai. Kajian ini mengguna pakai data tahunan di Malaysia sepanjang tempoh 1970-2013. Kajian dimulakan dengan menggunakan Analisis Komponen Asas untuk membangunkan indeks pembangunan kewangan dengan pemilihan tiga faktor yang paling dominan iaitu perbankan, penawaran wang (M2) dan pemiutang swasta. Analisis menggunakan ujian kepegunan dan ujian kointegrasi seterusnya dibuat untuk menguji hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah kajian.