KESAN PEMBANGUNAN KEWANGAN, PERTUMBUHAN EKONOMI, DAN BEBAN HUTANG TERHADAP HASIL CUKAI DI MALAYSIA
Loading...
Date
2016-04
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Hasil cukai merupakan punca utama pendapatan sesebuah negara. Terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada peningkatan atau penurunan hasil cukai. Di
antaranya ialah pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan dan hala tuju di
antara pembangunan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan beban hutang terhadap
hasil cukai. Kajian ini mengguna pakai data tahunan di Malaysia sepanjang tempoh
1970-2013. Kajian dimulakan dengan menggunakan Analisis Komponen Asas untuk
membangunkan indeks pembangunan kewangan dengan pemilihan tiga faktor yang
paling dominan iaitu perbankan, penawaran wang (M2) dan pemiutang swasta.
Analisis menggunakan ujian kepegunan dan ujian kointegrasi seterusnya dibuat
untuk menguji hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah kajian.
Description
Keywords
HJ 4165.5 .H3 2016, HAKIMI BIN MOHAMED