Pengaruh Kepemimpinan Transformasi Dan Sikap Terhadap Komitmen Organisasi Pengusaha Inap Desa Di Malaysia

dc.contributor.authorYusnita Binti Yusof
dc.date.accessioned2019-11-25T07:47:30Z
dc.date.available2019-11-25T07:47:30Z
dc.date.issued2012-07
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepemimpinan transformasi dan sikap terhadap komitmen organisasi pengusaha inap desa di Malaysia. Empat dimensi kepemimpinan transformasi telah digunakan iaitu pengaruh individu, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan individu. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 71 item dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan maklumat demografi dan Bahagian B mengenai kepemimpinan transformasi dengan menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang dibangunkan oleh Bass & Avolio (1995) dan diubahsuai oleh Abdullah (2010) manakala Bahagian C bagi mengukur komitmen organisasi menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) yang dibangunkan oleh Mowday et al. (1979) dan diubahsuai oleh Sharifah Noraida (2009). Bahagian D pula tertumpu kepada soal selidik sikap yang dibangunkan oleh Shukery Mohamed et. al (2007). Kajian ini melibatkan 304 responden daripada pengusaha inap desa di Malaysia dengan menggunakan teknik persampelan secara rawak. Antara analisis yang digunakan ialah analisis faktor pengesahan (CFA), ujian T, ujian ANOVA, ujian korelasi dan analisis regresi. Hasil daripada analisis korelasi, didapati semua dimensi kepemimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Manakala analisis regresi pula menunjukkan sikap dan stimulasi intelektual mempengaruhi komitmen organisasi dalam kalangan pengusaha inap desa di Malaysia. Dimensi kepemimpinan transformasi iaitu pengaruh individu, motivasi inspirasi dan pertimbangan individu pula tidak menyumbang kepada komitmen organisasi.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/14205
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectYusnita Binti Yusofen_US
dc.subjectHD 57.7 .Y8 2012en_US
dc.titlePengaruh Kepemimpinan Transformasi Dan Sikap Terhadap Komitmen Organisasi Pengusaha Inap Desa Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
HD 57.7 .Y8 2012 Abstract.pdf
Size:
99.52 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
HD 57.7 .Y8 2012 Full Text.pdf
Size:
1.99 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: