Kajian perbandingan profil pantai dan penentuan arah net shore drift (NSD) di sepanjang pesisiran Pantai Baluk, Kuantan, Pahang
Loading...
Date
2004
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian perbandingan profil pantai sebelum dan semasa musim tengkujuh, ciricm
sedimen dan arah NSD telah dijalankan di sepanjang pesisiran Pantai Baluk,
Kuantan, Pahang pada bulan Mei sehingga bulan November 2003. Kajian ini
dijalankan bagi mengetahui perbezaan kecerunan pantai dan bentuk profil pantai
sebelum dan semasa musim tengkujuh di stesen kajian. Selain itu, arah NSD di
sepanjang pesisiran Pantai Baluk, Kuantan, Pahang juga cuba dikenalpasti dengan
berpandukan kepada ciri-ciri sedimen yang diperolehi. Di dalam kajian ini, kawasan
kajian dibahagikan kepada 8 stesen utama di mana jarak bagi setiap stesen adalah 1.5
km sehingga 2.0 km. Penyampelan dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan
Mei, Julai, September dan pada bulan November. Profit pantai yang diambil adalah
merangkumi kawasan berm sehinggalah kawasan low tide pantai.
Description
Keywords
Affendy Wong, LP 1 FST 2 2004