Keadilan Organisasi, Orientasi Pelanggan Dan Stres: Penentu Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Sektor Perhotelan Di Malaysia

dc.contributor.authorKamaazura Abu Bakar
dc.date.accessioned2019-10-13T06:46:53Z
dc.date.available2019-10-13T06:46:53Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractKeadilan organisasi dan orientasi pelanggan merupakan isu yang hangat dibahaskan dan diambil kira sebagai keutamaan terhadap organisasi sebagai pencetus kompetensi dalam sektor perhotelan di Malaysia. Dalam usaha memastikan stres negatif dikurangkan dan kepuasan kerja dapat dicapai, kajian ini telah dibangunkan dan membentuk model kajian korelasi bagi melihat hubungan antara konstruk keadilan organisasi, orientasi pelanggan, stres dan kepuasan kerja. Merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan, satu model telah berjaya dibangunkan bertujuan untuk: (1) mengkaji hubungan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan; (2) mengkaji pengaruh keadilan organisasi terhadap kepuasan kerja; (3) mengkaji pengaruh orientasi pelanggan terhadap kepuasan kerja; (4) mengenal pasti pengaruh stres sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan kepuasan kerja; dan (5) mengenalpasti stres sebagai mediator dalam hubungan orientasi pelanggan dan kepuasan kerja. Persampelan rawak dan persampelan rawak berstrata telah dilakukan untuk menentukan saiz sampel responden dan hotel yang terlibat. Dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada 800 orang responden dan sebanyak 609 (76.12% kadar maklumbalas) orang responden yang terdiri daripada kakitangan tetap, berjawatan bukan penyelia dan penyelia dari 68 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di seluruh negara telah terlibat dalam kajian ini. Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0, Structural Equation Modeling (SEM) dan Analysis of Moments Structures (AMOS) 18.0 telah digunakan untuk menganalisis data dan membentuk grafik kepadanan model. Menerusi analisis confirmatory factor analysis (CFA) yang dilakukan, didapati nilai korelasi antara adalah positif signifikan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/13436
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectKamaazura Abu Bakaren_US
dc.subjectHF 5415.5 .K3 2015en_US
dc.titleKeadilan Organisasi, Orientasi Pelanggan Dan Stres: Penentu Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Sektor Perhotelan Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
HF 5415.5 .K3 2015 Abstract.pdf
Size:
142.56 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
HF 5415.5 .K3 2015 Full Text.pdf
Size:
4.11 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: