Keadilan Organisasi, Orientasi Pelanggan Dan Stres: Penentu Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Sektor Perhotelan Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Keadilan organisasi dan orientasi pelanggan merupakan isu yang hangat dibahaskan dan diambil kira sebagai keutamaan terhadap organisasi sebagai pencetus kompetensi dalam sektor perhotelan di Malaysia. Dalam usaha memastikan stres negatif dikurangkan dan kepuasan kerja dapat dicapai, kajian ini telah dibangunkan dan membentuk model kajian korelasi bagi melihat hubungan antara konstruk keadilan organisasi, orientasi pelanggan, stres dan kepuasan kerja. Merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan, satu model telah berjaya dibangunkan bertujuan untuk: (1) mengkaji hubungan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan; (2) mengkaji pengaruh keadilan organisasi terhadap kepuasan kerja; (3) mengkaji pengaruh orientasi pelanggan terhadap kepuasan kerja; (4) mengenal pasti pengaruh stres sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan kepuasan kerja; dan (5) mengenalpasti stres sebagai mediator dalam hubungan orientasi pelanggan dan kepuasan kerja. Persampelan rawak dan persampelan rawak berstrata telah dilakukan untuk menentukan saiz sampel responden dan hotel yang terlibat. Dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada 800 orang responden dan sebanyak 609 (76.12% kadar maklumbalas) orang responden yang terdiri daripada kakitangan tetap, berjawatan bukan penyelia dan penyelia dari 68 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di seluruh negara telah terlibat dalam kajian ini. Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0, Structural Equation Modeling (SEM) dan Analysis of Moments Structures (AMOS) 18.0 telah digunakan untuk menganalisis data dan membentuk grafik kepadanan model. Menerusi analisis confirmatory factor analysis (CFA) yang dilakukan, didapati nilai korelasi antara adalah positif signifikan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan.
Description
Keywords
Kamaazura Abu Bakar, HF 5415.5 .K3 2015
Citation