Pengaruh Personaliti, Kepimpinan Transformasi Dan Kepuasan Kerja Terhadap Gelagat Kerja Berinovasi Dalam Perbankan Islam Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-08
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Inovasi bertanggungjawab menjadi semakin kritikal dalam memartabatkan prinsip ekonomi Islam khususnya yang menepati kehendak Maqasid al Syariah. Setelah melebihi tiga dekad, bank Islam masih lagi menawarkan produk yang seakan-akan sama dengan produk konvensional. Melalui gelagat kerja berinovasi dalam kalangan pekerja, inovasi perlu dijayakan bagi memenuhi hasrat yang disuarakan oleh para pemegang taruh. Oleh itu, berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan hubungan personaliti, kepimpinan transformasi dan kepuasan kerja ke atas gelagat kerja berinovasi.
Description
Keywords
Hamdy Abdullah, Perbankan Islam Malaysia, Gelagat Kerja Berinovasi
Citation