Pengaruh keadilan organisasi, gaya kepimpinan dan saiz firma ke atas komitmen organisasi di perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia
Loading...
Date
2018-01
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Pelbagai dasar dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kelangsungan dan kejayaan firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, sehingga kini firma PKS masih menghadapi pelbagai masalah dan isu dalam mengembangkan perniagaan mereka terutamanya dari segi ketidakadilan dalam pengagihan gaji, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan peluang latihan yang terhad. Faktor tersebut dikaitkan dengan masalah komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja. Oleh hal yang demikian, objektif utama adalah untuk mengkaji hubungan di antara keadilan organisasi dan gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi serta menentukan peranan saiz firma sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam sektor pembuatan di firma PKS.
Description
Keywords
Industrial management, Organizational effectiveness, HD 58.9 .R8 2018