Kajian histologi ke atas kesan ammonia (NH3) dalam jangkitan Aeromonas hydrophila pada ikan tilapia merah (Oreochromis niloticus)

dc.contributor.authorJusini Tampolong
dc.date.accessioned2017-05-31T07:12:59Z
dc.date.available2017-05-31T07:12:59Z
dc.date.issued2003
dc.description.abstractKajian ini dijalankan untuk melihat kesan ammonia (NH3) dalam patogenesis jangkitan bakteria Aeromonas hydrophila terhadap ikan Tilapia Merah (Oreochromis niloticus). Kajian ini dijalankan dengan membahagikan ikan kepada empat bahagian, di mana setiap bahagian terdiri daripada 35 ekor ikan. Bahagian pertama sebagai kawalan negatif ikan diletakkan dalam tangki yang kualiti aimya terkawal. Bahagian kedua adalah ikan dengan kepekatan ammonia 25% LC50 96 jam iaitu 305ppm, dan bahagian ketiga adalah ikan dengan bakteria disamping kualiti air yang terkawal. Akhir sekali adalah ikan dengan bakteria dan larutan ammonia berkepekatan 305ppm. Didapati bahawa ammonia telah menyebabkan kerosakan kepada insang ikan seperti hipertrofi pada lamela primer dan lamela sekunder, namun begitu kerosakan yang disebabkan oleh ammonia tidak mampu menyebabkan kematian pada ikan jika tempoh pendedahan hanya tujuh hari.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6069
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysiaen_US
dc.subjectJusini Tampolongen_US
dc.subjectLP 24 FASM 3 2003en_US
dc.titleKajian histologi ke atas kesan ammonia (NH3) dalam jangkitan Aeromonas hydrophila pada ikan tilapia merah (Oreochromis niloticus)en_US
dc.typeWorking Paperen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
LP 24 FASM 3 2003 Abstract.pdf
Size:
832.96 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
LP 24 FASM 3 2003 Full Text.pdf
Size:
4.04 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: