Kajian histologi ke atas kesan ammonia (NH3) dalam jangkitan Aeromonas hydrophila pada ikan tilapia merah (Oreochromis niloticus)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan ammonia (NH3) dalam patogenesis jangkitan bakteria Aeromonas hydrophila terhadap ikan Tilapia Merah (Oreochromis niloticus). Kajian ini dijalankan dengan membahagikan ikan kepada empat bahagian, di mana setiap bahagian terdiri daripada 35 ekor ikan. Bahagian pertama sebagai kawalan negatif ikan diletakkan dalam tangki yang kualiti aimya terkawal. Bahagian kedua adalah ikan dengan kepekatan ammonia 25% LC50 96 jam iaitu 305ppm, dan bahagian ketiga adalah ikan dengan bakteria disamping kualiti air yang terkawal. Akhir sekali adalah ikan dengan bakteria dan larutan ammonia berkepekatan 305ppm. Didapati bahawa ammonia telah menyebabkan kerosakan kepada insang ikan seperti hipertrofi pada lamela primer dan lamela sekunder, namun begitu kerosakan yang disebabkan oleh ammonia tidak mampu menyebabkan kematian pada ikan jika tempoh pendedahan hanya tujuh hari.
Description
Keywords
Jusini Tampolong, LP 24 FASM 3 2003
Citation