Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi.. by Subject "Art therapy for teenagers"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Keberkesanan terapi seni ekspresif terhadap kemurungan, kebimbangan, tekanan dan kemarahan remaja Delinkuen(2016-05) Sabihah JohanTerapi seni ekspresif merupakan satu platform penerokaan secara kreatif sebagai proses penyembuhan dalam perhubungan menolong. Tidak banyak kajian dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaannya di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kemurungan, kebimbangan, tekanan, dan kemarahan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Keberkesanan terapi seni ekspresif untuk melegakan kemurungan, kebimbangan, tekanan, dan kemarahan terhadap remaja delinkuen dalam kumpulan rawatan juga ditentukan. Reka bentuk kuasi-eksperimen dengan kaedah ujian pra dan pasca digunakan dalam kajian ini. Seramai 84 orang remaja delinkuen yang tinggal di institusi pemulihan akhlak, berumur daripada 14 hingga 21 tahun dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Depression Anxiety Stress Scale (DASS) and Clinical Anger Scale (CAS) digunakan untuk mengukur pembolehubah bersandar dan disokong oleh analisis dokumen.