Fakulti Pembangunan Sosial
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Pembangunan Sosial by Subject "Arabic alphabet"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Perkaitan Waqf Qabih dengan tatabahasa Arab(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2013-05) Mohd Subhi HusseinKajian ini merupakan satu kajian yang menggabungkan antara bidang linguistik dan tajwid al-Quran. Aspek tatabahasa Arab yang menjadi tumpuan kajian ialah komponen-komponen yang membentuk ayat lengkap manakala aspek tajwid yang menjadi tumpuan kajian ialah "Waqf Qabih". "Waqf" merupakan satu perkara yang penting dalam kesempurnaan bacaan al-Quran. Penguasaan terhadap ilmu waqf sangat dititikberatkan. Namun demikian, "Waqf Qabih" sering berlaku dalam kalangan masyarakat umurn. Pelbagai faktor dilihat menjadi punca berlakunya "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran. Antara faktor tersebut ialah kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri "Waqf Qabih" dengan baik. Kajian ini dijalankan untuk membicarakan tentang "Waqf Qabih" dalam pembacaan al-Quran dan perkaitannya dengan tatabahasa Arab.