Browsing by Author "Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ W. Ahmad"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
Item Kecenderungan Kerjaya Keusahawanan Di Negeri Terengganu Dalam Kalangan Ahli Program Tunas Niaga(Universiti Malaysia Terengganu, 2015-11) Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ W. AhmadKerajaan Negeri Terengganu menetapkan wawasan untuk menjadikan “Terengganu Negeri Maju Menjelang Tahun 2020.” Harapan ini dilunaskan melalui perlaksanaan program dan projek awam yang seiring Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Kesepuluh (2011-2015). Kerajaan negeri menyediakan ruang pameran, pusat reka bentuk, pembangunan dan penyelidikan, konsep perkedaian francais dan khusus produk tempatan supaya dapat menggalakkan rakyat terutama generasi muda menceburi bidang keusahawanan. Bagaimanapun, hanya segelintir pelajar di negeri ini menyertai kegiatan kokurikulum keusahawanan di sekolah. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini mempunyai enam objektif utama: (i) mengkaji profil ahli Program Tunas Niaga; (ii) mengukur tahap kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (iii) mengkaji perbezaan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga mengikut profil terpilih; (iv) menentukan perkaitan antara faktor-faktor peramal dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (v) menentukan hubungan antara faktor-faktor peramal dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (vi) dan menentukan hubungan kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara antara faktor-faktor peramal dan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga. Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan.Item Minat belia dalam kerjaya nelayan di Mukim Kuala Besut, Terengganu(Fakulti Pengurusan Ekonomi, 2008-12) Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ W. AhmadMukim Kuala Besut merupakan salah satu kawasan perikanan utama di Negeri Terengganu. Justeru, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan perikanan dan program pembangunan untuk membangunkan keluarga nelayan. Walaubagaimanapun, generasi muda nelayan di Mukim Kuala Besut kurang berminat turun ke laut menangkap ikan untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat belia nelayan dalam kerjaya nelayan. Seramai 365 orang belia lelaki, berumur antara 18 hingga 40 tahun, telah dipilih sebagai responden kajian. Penyelidik menggunakan borang soal selidik Holland (edisi 1985) dan mengubah suaikanya untuk dijadikan instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA Sehala, Ujian-t Dua Sampel Bebas, Korelasi Pearson V dan Regresi Pelbagai untuk menguji tiga hipotesis kajian.