Kecenderungan Kerjaya Keusahawanan Di Negeri Terengganu Dalam Kalangan Ahli Program Tunas Niaga

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-11
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan wawasan untuk menjadikan “Terengganu Negeri Maju Menjelang Tahun 2020.” Harapan ini dilunaskan melalui perlaksanaan program dan projek awam yang seiring Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Kesepuluh (2011-2015). Kerajaan negeri menyediakan ruang pameran, pusat reka bentuk, pembangunan dan penyelidikan, konsep perkedaian francais dan khusus produk tempatan supaya dapat menggalakkan rakyat terutama generasi muda menceburi bidang keusahawanan. Bagaimanapun, hanya segelintir pelajar di negeri ini menyertai kegiatan kokurikulum keusahawanan di sekolah. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini mempunyai enam objektif utama: (i) mengkaji profil ahli Program Tunas Niaga; (ii) mengukur tahap kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (iii) mengkaji perbezaan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga mengikut profil terpilih; (iv) menentukan perkaitan antara faktor-faktor peramal dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (v) menentukan hubungan antara faktor-faktor peramal dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga; (vi) dan menentukan hubungan kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara antara faktor-faktor peramal dan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga. Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan.
Description
Keywords
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ W. Ahmad, HB 615 .W3 2015, Keusahawanan, Tunas Niaga
Citation