Minat belia dalam kerjaya nelayan di Mukim Kuala Besut, Terengganu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-12
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengurusan Ekonomi
Abstract
Mukim Kuala Besut merupakan salah satu kawasan perikanan utama di Negeri Terengganu. Justeru, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan perikanan dan program pembangunan untuk membangunkan keluarga nelayan. Walaubagaimanapun, generasi muda nelayan di Mukim Kuala Besut kurang berminat turun ke laut menangkap ikan untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat belia nelayan dalam kerjaya nelayan. Seramai 365 orang belia lelaki, berumur antara 18 hingga 40 tahun, telah dipilih sebagai responden kajian. Penyelidik menggunakan borang soal selidik Holland (edisi 1985) dan mengubah suaikanya untuk dijadikan instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA Sehala, Ujian-t Dua Sampel Bebas, Korelasi Pearson V dan Regresi Pelbagai untuk menguji tiga hipotesis kajian.
Description
Keywords
HF 5382 .W3 2008, Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ W. Ahmad, Minat belia dalam kerjaya nelayan di Mukim Kuala Besut, Terengganu, Career development
Citation