Fakulti Pengurusan Ekonomi
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Pengurusan Ekonomi by Author "Adzie Faraha Mo'osin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Kesan eksport komoditi utama ke atas KDNK negara(Universiti Malaysia Terengganu, 2011) Adzie Faraha Mo'osinEksport komoditi utama masih lagi menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan eksport serta pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, walaupun kebergantungan terhadap eksport komoditi semakin berkurangan disebabkan terdapat sektor pengganti yang lain tetapi eksport komoditi utama masih lagi dianggap sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Fokus utama kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kesan eksport komoditi utama ke atas KDNK negara dari tahun 1987 hingga tahun 2010. Komoditi utama yang dikaji di dalam kajian ini adalah seperti minyak sawit, kayu balak, getah, minyak mentah, gas asli cecair dan timah. Kointegrasi dan hubungan antara pembolehubah telah dilihat di dalam kajian ini. Kajian ini dianalisis menggunakan teknik multivariasi (multivariate). Penemuan hasil kajian mendapati eksport kayu balak dan getah menjadi antara komoditi utama yang memberi kesan kepada jumlah KDNK negara.