Analisis pengangguran dan impak kepada ekonomi Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Pengangguran merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang sememangnya menjadi beban kepada masyarakat dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara. Oleh itu, perhatian yang serius perlu di ambil oleh pelbagai pihak terutama kerajaan bagi membendung masalah ini daripada terus membelenggu masyarakat. Pengangguran akan sentiasa bertambah, seiring pertambahan penduduk sesebuah negara selain disebabkan pelbagai faktor lain. Meskipun mereka yang menganggur terdiri dari pelbagai peringkat umur tetapi sering dikaitkan dengan para belia kerana ramainya lepasan sekolah yang tidak mempunyai pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis isu pengangguran seterusnya melihat apakah kesan pengangguran ini kepada ekonomi Malaysia secara amnya dan Ketuaran Datam Negarab Kasar (KDNK) secara khasnya. Model yang dibina akan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah-pembolehubah bebas dalam fungsi matematik. Kaedah ekonomitrik yang dipilih adalah Regrasi Linier Berbilang dan di proses dengan bantuan perisian "Statistical Package For Social Science" (SPSS) bertujuan untuk menentukan kesignifikanan sesuatu pembolehubah yang dikaji.
Description
Keywords
Mohd Azlie Rusman, LP 26 FPE 2 2009
Citation