Pengaruh Keadilan Organisasi, Gaya Kepimpinan Dan Saiz Firma Ke Atas Komitmen Organisasi Di Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2018-01
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Pelbagai dasar dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kelangsungan dan kejayaan firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, sehingga kini firma PKS masih menghadapi pelbagai masalah dan isu dalam mengembangkan perniagaan mereka terutamanya dari segi ketidakadilan dalam pengagihan gaji, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan peluang latihan yang terhad. Faktor tersebut dikaitkan dengan masalah komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja. Oleh hal yang demikian, objektif utama adalah untuk mengkaji hubungan di antara keadilan organisasi dan gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi serta menentukan peranan saiz firma sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam sektor pembuatan di firma PKS. Data kajian telah dikutip menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 690 orang responden dan sebanyak 510 (73%) orang responden memberikan maklumbalas. Terdapat dua kaedah statistik yang digunakan bagi menganalisis data kajian ini iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan ujian kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi merangkumi ujian-t sampel bebas, ujian korelasi dan ujian regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi keadilan organisasi (keadilan prosedur, keadilan pengagihan, keadilan interpersonal dan keadilan informasi) dan kedua-dua gaya kepimpinan (kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Analisis regresi bertingkat menunjukkan bahawa faktor penyederhana saiz firma memberikan kesan interaksi dalam hubungan di antara keadilan organisasi, gaya kepimpinan dan komitmen organisasi. Seterusnya keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi merupakan peramal yang mempunyai pengaruh paling dominan dalam mempengaruhi komitmen organisasi berbanding dimensi lain.
Description
Keywords
Ruzita Manshor, HD 58.9 .R8 2018
Citation