Analisis corak perbelanjaan pengguna di kawasan bandar /

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kajian ini adalah untuk membuat analisis corak perbelanjaan pengguna di kawasan bandar. Perbelanjaan merupakan kesanggupan dan keinginan pengguna memperuntukkan pendapatan mereka terhadap barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan dan kehendak mereka untuk memaksimumkan utiliti dan kepuasannya. Perbelanjaan isi rumah juga merupakan salah satu komponen dalam menentukan keseimbangan pendapatan negara. Corak perbelanjaan adalah berbeza bagi setiap individu di mana kemampuan, gaya hidup dan budaya setiap individu adalah berbeza. Hasil kajian menunjukkan pengguna di kawasan bandar paling banyak berbelanja ke atas kategori barang makanan bagi perbelanjaan bulanan dan pendidikan bagi perbelanjaan tahunan. Makanan merupakan barang mesti dalam ekonomi dan pendidikan pula adalah penting dalam menentukan taraf hidup pada masa hadapan. Model yang dibina akan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dalam fungsi matematik. Kajian ini juga mendapati pembolehubah tingkat pendapatan bulanan sangat mempengaruhi jumlah perbelanjaan pengguna di kawasan bandar. Secara keseluruhan, nilai R.2 dalam analisis ini adalah 0.597 yang menunjukkan pembolehubah-pembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu jumlah perbelanjaan secara keseluruhan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup chm ekonomi negara.
Description
Keywords
Muhammad Izwan Effendi, LP 31 FPE 2 2009
Citation