Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia dan China : prestasi dan cabaran

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kajian ini menganalisis Pelaburan Langsung Asing (FOi) di negara Malaysia dan China dari segi prestasi dan cabaran. Ciri-ciri seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan undang-undang hak cipta, kadar cukai yang rendah, komitmen kepada penentuan harga pasaran, tenaga pekerja yang berpendidikan tinggi, sistem kewangan yang cekap, urus tadbir korporat yang mantap, infrastruktur yang maju dan pelbagai insentif cukai terus dianggap sebagai kelebihan yang ada pada Malaysia untuk mengembangkan FOi. Kajian ini telah memberi penumpuan kepada FOi di dua buah negara iaitu negara Malaysia dan China. Dari segi prestasi, perbandingan dibuat berdasarkan aliran masuk FOi, upah buruh dan GDP per kapita benar. Dari segi cabaran pula, analisis dilakukan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan FOi ke negara Malaysia dan China. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh pemboleh ubah bebas iaitu upah buruh dan GDP per kapita benar terhadap FOi negara Malaysia dan China. Kaedah regrasi linear digunakan bagi menganggarkan hubungan setiap pemboleh ubah tersebut. Keputusan kajian membuktikan bahawa wujudnya perhubungan langsung antara upah buruh dan GDP per kapita benar dalam mempengaruhi FOi negara Malaysia dan China.
Description
Keywords
Chandramalar Munusami, LP 10 FPE 2 2008
Citation