Kemurungan, sokongan sosial dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar
Loading...
Date
2011-01
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti sejauhmana tahap kemurungan dan sokongan sosial
dalam kalangan pelajar serta menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina dan jenis aliran dari segi kemurungan dan sokongan sosial. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai alat kajian. Instrumen yang telah diuji keesahan dan kebolehpercayaan
digunakan dalam soal selidik ini. Instrumen yang digunakan ialah Reynolds Adolescent
Depression Scale (RADS), Socially Supportive Behaviors (SS-B) dan set temu bual.
Soal selidik tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu maklumat latar belakang, gejala
kemurungan dan sokongan sosial. Seramai 256 orang pelajar tingkatan empat dari
aliran Sains dan Kemanusian di empat buah sekolah menengah luar bandar yang dipilih
secara rawak berstrata. Data yang diperolehi daripada pelajar dianalisis dengan
menggunakan kaedah deskriptif, inferensi dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan
keseluruhan tahap kemurungan pelajar pada tahap sederhana.
Description
Keywords
BF 724.3 .S86 A2 2011, Abd Halim Ismail, Depression, Mental -- Psychological aspects, Academic achievement -- Psychological aspects, Stress in adolescence, Depression in adolescence