Faktor penentu motivasi kerja juruaudit di firma audit pantai timur Semenanjung Malaysia
Loading...
Date
2009-03
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengurusan Ekonomi
Abstract
Kualiti kerja juruaudit yang tidak bermutu telah menyebabkan berlakunya salah laku dan skandal kewangan dunia seperti Enron, Waste Management, Global Crossing, Health South dan AIG. Suasana ini telah menyebabkan keraguan tentang motivasi kerja di kalangan juruaudit berasaskan unsur kebebasan di dalam bidang pengauditan. Objektif-objektif kajian ini adalah merujuk kepada pengaruh faktor-faktor ganjaran, tekanan kerja dan
komunikasi terhadap kakitangan di firma audit di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, dan impak organisasi berasaskan konsep gaya
kepimpinan Path-Goal Model of Leadership (House, 1971), terhadap motivasi kerja di firma audit. Kajian berbentuk ex-post facto melibatkan sejumlah 164 orang juruaudit di firma audit di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, iaitu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sampel telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Perisian SPSS versi 15.0 telah digunakan untuk menganalisis data dan perisian Amos 7.0 digunakan untuk membina model-modelpengukuran bagi menilai kesahan konvergen dan diskriminan faktor penentu kajian dan motivasi kerjajuruaudit.
Description
Keywords
HD 6953 .U4 2009, Ulaimi Yahya, Faktor penentu motivasi kerja juruaudit di firma audit pantai timur Semenanjung Malaysia, Job satisfaction, Quality of work life