Makrobentos dalam kolam akuakultur air payau di Tanjung Karang, Selangor

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian ini mengenai komposisi dan kepadatan makrobentos di dalam kolam akuakultur udang harimau (Panaeus monodon) yang terletak di Tanjung Karang Selangor pada Jun 2002. Sampel sedimen diambil menggunakan grab Ekman, diawet bersama formalin 10% dan direplikasikan. Kajian menunjukkan kumpulan Arthropoda, Cnidaria dan Mollusca mendominasi kawasan ini. Kumpulan kecil yang lain termasuk Nematoda, Annelida, Chordata, Protozoa dan lain-lain. Jumlah min kepadatan makrobentos di kawasan kajian ialah berjulat di antara 679.17 hingga 5241.22 individu m-2 • Kolam temakan udang harimau menunjukkan kepadatan dan kepelbagaian makrobentos yang lebih tinggi berbanding kolam yang tiada temakan kultur. Saliniti, suhu ,pH dan oksigen terlarut dalam kawasan kajian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P > 0.05) antara stesen. Jumlah bahan organik dalam sedimen adalah signifikan antara stesen pada P < 0.05 tetapi menunjukkan tiada kolerasi dengan kehadiran makrobentos dalam kawasan kajian
Description
Keywords
Nurhuda Ibrahim, LP 43 FASM 3 2003
Citation