Kesan unsur kuprum ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil nanas (Ananas comosus cv. Josapine) di tanah Bris

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian mengenai kesan rawatan kuprum ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil pokok nanas (Ananas comosus cv. Josapine) di tanah bris telah dijalankan di Rumah Teduhan, KUSTEM. Lima rawatan kuprum diberikan pada kadar 0, 0.8, l.6, 3.2 dan 4.8 kg CuO ha-1 dengan menggunakan Rekabentuk Rawak Blok Lengkap (CRD) dengan tiga replikasi. Keputusan menunjukkan rawatan pada kadar 3.2 kg CuO ha-' diperlukan untuk pertumbuhan maksimum bagi bilangan daun, panjang daun-D, tinggi pokok dan berat kering daun-D pokok nanas. Rawatan kuprum pada kadar l .6 kg CuO ha-1 menunjukkan kadar kepekatan kuprum paling tinggi dalam tisu daun-D pokok nanas. Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan rawatan kuprum pada kadar 4.8 kg CuO ha-1 mengandungi kepekatan kuprum yang paling tinggi dalam tanah. Rawatan kuprum juga turut mempengaruhi pH tanal1 bris Siri Rhu Dua.
Description
Keywords
Azlina Mat Saad, LP 2 FST 3 2004
Citation