Pemikiran Imam Al-Shafi Ô R.H.M. Dalam Puisi-Puisi Akidah Dan Tasawuf

dc.contributor.authorNajihah Binti Abd Wahid
dc.date.accessioned2019-10-13T07:27:35Z
dc.date.available2019-10-13T07:27:35Z
dc.date.issued2014-05
dc.description.abstractPemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m banyak dibahaskan dalam disiplin fiqh, usul fiqh dan perundangan Islam. Namun, pemikiran beliau dalam puisi Islam masih kurang diketengahkan dalam kajian akademik sedangkan beliau mempunyai dÊwÉn puisi yang banyak menyentuh tentang pelbagai tema dan persoalan semasa umat Islam. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemikiran beliau dalam ungkapan puisi akidah dan tasawuf. Puisi-puisi akidah dan tasawuf dilihat berlatarkan tiga isu utama yang memerlukan perbahasan. Isu dalam puisi-puisi akidah dibahagikan kepada dua isu utama iaitu isu Qada’ Qadar dan isu Syiah RÉfiÌah. Sementara isu dalam puisi-puisi tasawuf melihat pendirian beliau tentang tasawuf dan aspek-aspek tasawuf yang menjadi pegangan majoriti pendukung tasawuf iaitu proses takhallÊ, taÍallÊ dan tajallÊ. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan atau disebut analisis teks dan juga temu bual tidak berstruktur. Teks yang dirujuk adalah 6 dÊwÉn puisi ImÉm alShÉfÑÊ r.h.m yang merupakan data primer. Data sekunder pula merujuk pada jurnal, artikel dan kajian-kajian yang membantu penyelidik dalam proses pengumpulan data. Kaedah temu bual tidak berstruktur bersama dua informan diaplikasikan dalam kajian ini bagi mendapatkan data-data berkaitan akidah dan tasawuf. Teks-teks puisi akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis tekstual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m dalam persoalan Qada’ Qadar adalah bertentangan dengan pemikiran al-Jabariyyah dan al-Qadariyyah. Sebaliknya, pemikiran beliau selari dengan pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Dalam persoalan Syiah pula, dapatan kajian menunjukkan beliau menolak fahaman Syiah RÉfiÌah sepenuhnya walaupun terdapat terma-terma dan rangkap-rangkap yang merujuk pada maksud syiah. Dapatan kajian dalam puisi-puisi tasawuf pula menunjukkan beliau mempraktikkan tasawuf zuhud dan sunni. Ia membuktikan praktikal dan penerimaan tasawuf oleh beliau. Pemikiran beliau dalam puisi-puisi akidah dan tasawuf diyakini akan dapat menjadi model kepada penggiat seni sastera tanah air untuk memurnikan hala tuju sastera dengan menggarap pemikiran ImÉm al-ShÉfÑÊ r.h.m dalam bersastera.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/13524
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectNajihah Binti Abd Wahiden_US
dc.subjectBP 87 .N3 2014en_US
dc.titlePemikiran Imam Al-Shafi Ô R.H.M. Dalam Puisi-Puisi Akidah Dan Tasawufen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
BP 87 .N3 2014 Abstract.pdf
Size:
120.91 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
BP 87 .N3 2014 Full Text.pdf
Size:
1.37 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: