Kesan racun pestisid terhadap rega ikan ketutu (Oxyeleotris marmoratus)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian kesan pendedahan jangka pendek rega ikan ketutu (Oxyeleotris marmoratus) kepada ketoksikan akut Endosulfan (6,7,8,9,10,10-Hexachloro-1, 5,5a, 6,9,9a-hexahydro- 6-9methano-2, 4,3-benzodioxathiepin-3-oxide) dengan suhu (28.6-29.0°C), keterlarutan oksigen (8.3±0.1 ppm) dan pH (5.81± 0.1) telah dijalankan. Endosulfan sangat toksik kepada rega ikan ketutu pada kepekatan 0.018 hingga 0.1 ppm. Kadar kematian minimum didapati pada kepekatan 0.0025 hingga 0.010 ppm. Daripada pemerhatian didapati rega peringkat pre larva adalah kurang sensitif berbanding rega yang telah mengalami regresi pundi yolka iaitu peringkat post larva. Tahap selamat bagi rega ketutu adalah pada kepekatan 0.0028 ppm bagi pre larva dan 0.0041 ppm bagi post larva. Endosulfan adalah berbahaya kepada semua organisma walaupun pada kadar kepekatan paling rendah.
Description
Keywords
Diana anak John Nyanggau, LP 10 FASM 3 2003
Citation