Kajian kesan pestisid ke atas juvenil ikan haruann (Channa striata)

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Kajian mengenai kesan ketoksikan racun serangga jenis Malathion [ 0,0-dimethylS-( l ,2-dicarbethoxyethyl) ] ke atas juvenil ikan haruan (Channa striata) telah dijalankan. Juvenil ikan haruan yang digunak:an adalah dalam julat saiz 0.5 - 0.7 sm dan 1.7 - 1.8 sm. Kaedah 'static renewal test' telah digunak:an dalam kajian ini untuk mendapatkan penentuan nilai ketoksikan ak:ut LC50 96 jam. Kesan pendedahan "episodic" selama 6 jam, 12 jam dan 24 jam telah digunak:an dalam kajian penentuan nilai ketoksikan ak:ut LC50 96 jam ini untuk melihat jika terdapatnya kematian tertangguh (delayed mortality) dalam tempoh pemerhatian selama 14 hari. Julat mutu air semasa kajian dijalankan ialah seperti berikut; suhu (25.2 - 28.5), pH (6.8 - 7.9), DO (5.6 - 8.4 ppm) dan ammonia (0.015 - 0.04 mg/1). Berdasarkan keputusan yang diperoleh, LC50 96 jam yang diperoleh ialah 1 ppm. Setelah dianalisa dengan perisian komputer Spearman - Kerber, tahap mak:sima ketoksikan Malathion juvenil ikan haruan dalam kajian dengan nilai LC50 96 jam ialah 0.8 ppm bagi juvenil bersaiz 1.7 - 1.8 sm dan bagi juvenil bersaiz 0.5 - 0.7 sm, nilai LC50 96 jamnya ialah 0.0 ppm.Terdapat sedikit sahaja organisma kajian yang masih hidup selepas pendedahan 'episodic' selama 24 jam dilak:ukan. Kadar selamat kepekatan Malathion untuk ikan haruan yang bersaiz kecil (juvenil) bagi jangka masa panjang pula adalah tidak: melebihi 0.08 ppm. Oleh itu dapat disimpulkan di sini, pendedahan juvenil ikan tersebut kepada nilai LC50 96 jam Malathion memberi kesan kepada juvenil ikan haruan.
Description
Keywords
Nur Shahzatulshima Ramli, LP 44 FASM 3 2003
Citation