Rantaian Demografi, Sosial Dan Ekonomi Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-07
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju atau negara berpendapatan tinggi telah melepasi tempoh 20 tahun perancangannya. Sepanjang tempoh itu, pertumbuhan ekonomi yang dinamik dapat dilihat pada KDNK negara dengan peningkatan pada kadar purata 6.2 peratus setahun. Namun, pencapaian sebenar KDNK negara antara tahun 1991 hingga 2010 dianggarkan hanya berkembang sebanyak 5.4 peratus setahun. Kegagalan untuk mencapai sasaran pertumbuhan KDNK tersebut berlaku akibat Krisis Kewangan Asia yang bermula sekitar penghujung tahun 1997. Kesannya, wujud jurang sebanyak 26 peratus antara pencapaian sebenar dan sasaran KDNK. Kemajuan tidak hanya tertumpu kepada ekonomi sahaja tetapi perlu seimbang dalam aspek sosial, politik, kebudayaan dan kerohanian. Oleh itu, usaha ke arah negara maju adalah perlu menyeluruh dari pelbagai aspek terutamanya ekonomi, sosial dan demografi. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan meramalkan pertumbuhan dalam rantaian demografi, sosial dan ekonomi di Malaysia. Hasil kajian yang menggunakan pendekatan Autoregresive Integrated Moving Average (ARIMA) bagi data siri masa antara tahun 1970 hingga 2010 mendapati bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah 4.3 peratus setahun menjelang tahun 2020. Analisis kedua iaitu Auto Regressive Distributed Lat (ARDL) menunjukkan bahawa wujud hubungan antara pemboleh ubah demografi, sosial dan ekonomi dalam jangka masa panjang dan pendek.
Description
Keywords
Mohd Fikri Mohamad, HC 445.5 .M6 2013
Citation