Kajian ke atas parasit yang terdapat pada ikan neon tetra

Loading...
Thumbnail Image
Date
2003
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract
Ikan Neon Tetra, Hyphessobrycon innesi (Myers) yang diperolehi daripada sebuah syarikat ikan hiasan telah digunakan untuk mengkaji jenis-jenis parasit yang menyerangnya. Kajian telah dijalankan ke atas endoparasit dan ektoparasit yang didapati pada tiga saiz ikan yang berbeza iaitu S, M dan L. Sebanyak dua spesies parasit telah dikenalpasti. Kedua-dua parasit yang ditemui adalah daripada kumpulan protozoa iaitu lchthyophthirius multifiliis Fouquet dan Pleistophora hyphessobryconis Schaperclaus. Prevalen jangkitan I. multiftliis pada ikan Neon Tetra ialah 46.67% dengan min keamatan 15.05. I. multiftliis merupakan parasit yang paling biasa menyerang ikan Neon Tetra iaitu pada bahagian badan, sirip dan insang ikan. Prevalen jangkitan P. hyphessobryconis pula ialah 10.00% dengan min keamatan 23.78. Parasit ini menyerang pada bahagian otot ikan. Daripada tiga saiz ikan yang berbeza, ikan bersaiz S adalah paling banyak dijangkiti penyakit dengan jumlah ikan yang dijangkiti sebanyak 60%.
Description
Keywords
Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi, LP 4 FASM 3 2003
Citation