Kecekapan perkhidmatan kesihatan di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Masyarakat yang sihat merupakan aset dan penyumbang kepada pembangunan negara dinamik lagi produktif. Perkhidmatan kesihatan yang mesra dan cekap menjadi perkara utama yang menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan masyarakat menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajamya. Kecekapan sesebuah hospital turut menjadi matlamat utama dalam pembangunan kesihatan Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menganalisi kecekapan hospital-hospital dalam pembangunan kesihatan di Malaysia. Bagi membuktikan objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan Data Envelopment Analysis (DEA) untuk mengkaji tahap kecekapan hospital. Pembolehubah input yang digunakan adalah bilangan katil, bilangan doktor, dan bilangan jururawat manakala pembolehubah output yang digunakan adalah bilangan pesakit keluar hospital. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, hospital di Malaysia telah mencapai tahap kecekapan sepanjang tempoh kajian. Walaubagaimana pun, bagi memastikan kecekapan yang dicapai mencapai kecekapan optimum, kerajaan sewajamya meningkatkan bilangan kakitangan di sektor kesihatan seterusnya mengurangkan beban kerja di kalangan kakitangan.
Description
Keywords
Guan Ngah Mei, LP 10 FPE 1 2011
Citation