Fenomena perkahwinan sindiket di Kelantan
Loading...
Date
2014-10
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Perkahwinan Sindiket juga dikenali sebagai Perkahwinan Lari atau Perkahwinan
Tanpa Kebenaran. Perkahwinan sindiket merupakan salah satu masalah yang
dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia termasuk negeri
Kelantan. Fenomena perkahwinan sindiket semakin berleluasa dari masa ke
semasa. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini sukar dibendung ialah
“kesukaran” permohonan mendapat kebenaran berkahwin di Jabatan Agama
Islam, perkahwinan poligami dan penglibatan ‘orang dalam’ yang menjadi
dalang perkahwinan sindiket. Perkahwinan sindiket memberi kesan yang negatif
terhadap pembinaan institusi rumahtangga, pembinaan masyarakat, keutuhan
undang-undang serta kesan dari segi hukum syarak yang boleh menyebabkan
perkahwinan tersebut terbatal atau tidak sah.
Description
Keywords
HQ 503 .A5 2014, Anuar Al Sadat Haji Noor, Tesis of PPSA 2014, Marriage