Pengurusan kutipan dan corak agihan zakat terhadap asnaf di Malaysia

dc.contributor.authorNor Aishah Yusop
dc.date.accessioned2019-01-01T07:59:09Z
dc.date.available2019-01-01T07:59:09Z
dc.date.issued2012
dc.description.abstractInstitusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Prestasi pengurusan kutipan dan agihan zakat dapat membantu menyumbang kepada transformasi pembangunan semua asnaf. Ia bertujuan untuk memastikan pengagihan zakat adalah setanding dengan kecekapan dan pencapaian pengurusan kutipan zakat oleh institusi zakat. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kecekapan pengurusan pusat zakat negeri-negeri di Malaysia. Objektif khusus dalam kajian ini, pertama menganalisis perkembangan kutipan dan agihan zakat setiap negeri di Malaysia, kedua mengenalpasti jurang antara kutipan dan agihan zakat, ketiga mengukur kecekapan teknikal pengurusan kutipan dan agihan zakat. Bagi mencapai objektif kajian, data diperolehi daripada Unit Zakat (Operasi) Laporan Pusat Pungutan Zakat/Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi 4 tahun bermula 2007 hingga 2010. Dapatan kajian menggunakan analisis pengumpulan data melaporkan negeri yang telah menswastakan institusi zakat seperti negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan kemungkinan dapat meningkatkan kecekapan melalui penswastaan kutipan dan pengagihan zakat berbanding yang belum menswastakan institusi zakat. Oleh itu, penswastaan ini dilakukan untuk memastikan pihak pengurusan zakat dapat memberikan perkhidmatan berkualiti berlandaskan nilai-nilai Islam.en_US
dc.identifier.urihttps://umt-ir.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/11135
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Universiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectKutipanen_US
dc.subjectAgihan Dan Asnaf Zakaten_US
dc.titlePengurusan kutipan dan corak agihan zakat terhadap asnaf di Malaysiaen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 2 of 2
Loading...
Thumbnail Image
Name:
LP 38 FPE 1 2012 Abstract.pdf
Size:
535.58 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
No Thumbnail Available
Name:
LP 38 FPE 1 2012 Full Text.pdf
Size:
10.33 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: