Hubungan keadilan penilaian prestasi, budaya organisasi dan motivasi ke atas gelagat warga organisasi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Terengganu
Abstract
Kualiti perkhidmatan awam berada pada tahap yang minima dan masih perlu penambahbaikan. Salah satu isu dalam kualiti perkhidmatan awam adalah gelagat warga organisasi dalam kalangan pekerja. Statistik Biro Pengaduan Awam menyatakan kualiti perkhidmatan awam tidak standing dengan negara-negara membangun di Asia seperti Jepun, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan China. Keadilan dalam penilaian prestasi dan budaya organisasi perkhidmatan awam sering menjadi tumpuan kerana melibatkan imej dan reputasi perkhidmatan serta mendorong penjawat awam untuk lebih bermotivasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan keadilan penilaian prestasi, budaya organisasi dan motivasi ke atas gelagat warga organisasi dalam kalangan penjawat awam.
Description
Keywords
HD 58.7 A3 2019, Penilaian prestasi, Budaya organisasi, warga organisasi
Citation