Fakulti Pembangunan Sosial
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Fakulti Pembangunan Sosial by Subject "BP 134 .S3 W3 2012"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
Item Al-I'Jaz Al-'Ilmi dalam Al-Quran(Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu, 2012-03) Wan Helmy Shahriman Wan AhmadKonsep al-i 'jaz al- 'ilmi bermaksud fakta-fakta ilmiah atau saintifik yang didapati dalam al-Quran. Konsep ini telah banyak diperbincangkan oleh para ulama silam dan masa kini dan didapati hampir 750 ayat-ayat al-Qur'an yang menyentuh tentang fenomena sains yang terdapat dalamnya. Konsep ini menjadi perdebatan di kalangan ulama Islam dalam meletakkan satu panduan kepada ilmuwan Islam yang ingin mengkaji tentang perkembangan sains menurut kacamata Islam.Item Al-I‘Józ Al-‘Ilmô Dalam Al-Qur´Ón: Persepsi Golongan Agama Di Kuala Terengganu(Universiti Malaysia Terengganu, 2012-03) Wan Helmy Shahriman Bin Wan AhmadAl-Qur´Én merupakan salah satu daripada banyak mukijizat yang diberikan kepada Rasul yang terakhir nabi Muhammad (s.a.w). Kehebatannya terus berkekalan sejak lebih kurang 1430 tahun yang lalu dan dijamin kekal sehingga hari kiamat. Antara hikmah berkekalan mukjizat al-Qur´Én itu agar umat manusia pada akhir zaman ini dapat menguatkan lagi keimanan mereka terhadap agama suci ini secara amnya dan kebenaran kitab Allah (s.w.t) khasnya. Justeru, mereka menjalani kehidupan di muka bumi ini berpandukan kepada kitab suci tersebut demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kehebatan al-Qur´Én boleh diklasifikasikan kepada beberapa aspek. Antaranya aspek bahasa, syariat dan ilmiah yang mustahil ditandingi oleh sesiapapun di alam ini. Allah (s.w.t) telah mencabar seluruh makhluk yang masih meragui kebenaran al-Qur´Én agar mendatangkan sebuah kitab sepertinya. Namun begitu, sehingga kini tiada sesiapapun yang berjaya.