Newspaper clippings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Newspaper clippings by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 242
Results Per Page
Sort Options
Item Tuisyen, peralatan sekolah percuma(Utusan Melayu (M) Berhad, 2007-01-27) KOSMOMajlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) mengambil inisiatif membantu tiga beradik yang dibuang sekolah kerana kemiskinan. Mereka Mohd Alhadi, Mohd Alhafi dan Mohd Alnasuha Mohd Afendi akan diberi tuisyen secara percuma. Usaha ini adalah untuk membantu akademik pelajar-pelajar tersebut yang sudah lama tidak kesekolah.Item Labi-labi gergasi ditemui mati terdampar(Utusan Melayu (M) Berhad, 2007-01-27) KosmoGempar lagi apabila pantai di negeri ini terus dikunjungi species laut pelik. Ini berikutan penemuan labi-labi gergasi dua hari berturut-turut di pantai Tok Jembal dan Mengabang Telipot dekat sini.Item UMT, IPSM sertai Program Baktisiswa di Hulu Besut(Utusan Melayu (M) Berhad, 2007-02-15) Utusan MalaysiaSeramai 40 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) da 40 guru pelatih Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) Besut akan menyertai Program Baktisiswa bersama masyarakat Hulu Besut bermula Jumaat ini. Program empat hari dianjurkan bersama oleh UMT, IPSM, Gabungan Mahasiswa Besut, Pusat Khidmat Masyarakat Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan Gerakan Belia 4B Cawangan Alor Keladi.Item UKM juara liga hoki benam UMT(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-03-16) Sinar HarianPenyerang berbisa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Yazid Ahmad meledakkan dua gol pada setiap separuh masa permainan bagi membantu melengkapkan kejayaan gemilang mereka membenam Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 3-1 di Stadium Hoki MPKT Batu Buruk. Sebelum itu, rakan sepasukannya Razalee Yahya mencuri tumpuan apabila mencipta gol pertama pada minit ke 29 melalui pukulan sudut penalti.Item UMT cadang bina kampus kedua(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-03-16) Sinar HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) bercadang untuk membina kampus keduanya di Bukit Kor, Marang membabitkan kawasan tapak seluas 240 hektar. Cadangan pembinaan tersebut bertujuan meningkatkan institusi pendidikan dan pengurusan UMT selain menyediakan kursus berkaitan Sains dan Perkapalan serta Bioteknologi marin.Item UMT adakan program penghayatan Pulau Bidong(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-03-16) Sinar HarianNaib Canselor Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin berkata UMT melalui Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) memainkan peranan penting dalam mengawal selia Stesen Penyelidikan UMT Pulau Bidong khususnya dalam memastikan persekitaran kawasan itu berada dalam keadaan bersih. Program ini adalah sebagai usaha UMT menyahut seruan kerajaan berhubung kesedaran terhadap menjaga alam sekitar.Item UMT anjur 'Survival laut'(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-03-22) Sinar HarianPara Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi setiap sesi pengambilan diwajibkan untuk mengikuti program 'survival laut'. Program yang lebih berbentuk orientasi itu merupakan salah satu aktiviti Kokurikulum universiti yang akan diadakan di Stesyen Penyelidikan UMT , Pulau Bidong.Item UMT hasilkan tukun bioseramik(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-03-24) Sinar HarianJabatan Sains Perikanan dan Akuakultur, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menyiapkan lebih 1000 tukun untuk dipasang di perairan seluruh negeri ini bagi meningkatkan pertumbuhan terumbu karang. Tukun yang dikenali sebagai bioseramik itu menggunakan tanah liat sebagai bahan asal manakala komponen sampingnya ialah kulit cangkerang.Item Seminar wanita millenium(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-04-03) Sinar HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Seminar Wanita Era Millenium (SWEM '07) jam 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Sultan Mizan di sini pada 14 dan 15 Mei depan. Seminar itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan wanita ke arah melahirkan generasi minda kelas pertama. Pengarah Program berkenaan, Laili Che Rose berkata, seminar bertemakan 'Wanita Berilmu Pencetu Generasi Masa Depan' yang pertama kali diadakan itu dijangka dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Item 40 anak angkat UMT(Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 2007-04-03) Sinar HarianAhli Dewan Undangan Negeri Langkap, Asha'ari Idris akan merasmikan program penyerahan anak angkat sempena program Bakti Siswa UMT akan diadakan di Balai Raya Bukit Putera pada 26 April ini, kata Raja Zainal Abidin Raja Muda, Pengerusi JKKK.Item UMT anjur program bersih pantai(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-04-19) Sinar HarianKira-kira 1000 kakitangan daripada 14 jabatan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjayakan Program Pembersihan Pantai bagi fasa kedua yang diadakan di sepanjang pantai universiti tersebut. Program ini diadakan selama lebih 3 jam bermula dari jam 7.30 pagi dan berjaya mengutip sebanyak 963 kilogram sampah. Tujuan program ini untuk memastikan kawasan pantai ini akan kekal bersih memandangkan kawasan ini terbuka kepada masyarakat awam yang sering datang ke sini.Item Karya ilmiah wadah ilmu masyarakat - Tuanku Mizan(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-05-14) Sinar HarianPenghasilan karya ilmiah oleh ahli akademik ialah satu wadah penting kearah menyampaikan ilmu pengetahuan baru kepada masyarakat, selain ia dijadikan sebagai bahan rujukan generasi akan datang. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Muhamad berkata, ilmu pengetahuan dan pengalaman didokumentasikan dan dibukukan menjadi pemangkin kepada aktiviti penulisan berkaitan penerbitan karya akademikItem UMT muncul Pusat Penyelidikan unggul(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-05-14) Sinar HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) kini merealisasikan hasrat negara apabila muncul sebagai Pusat Penyelidikan unggul di Malaysia. UMT kini mendapat kepercayaan beberapa universiti luar negara bagi tujuan Penyelidikan termasuk Universiti Carolina Utara, Universiti Penn State, Universiti Kagoshima dan Universiti Utara Brittany.Item Pasukan UMT bawa cabaran(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-06-09) Sinar HarianPasukan bola sepak senior Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membawa cabaran pada kejohanan sukan Staf antara Universiti-Universiti Malaysia kali ke 32 di Universiti Malaysia Perlis pada 14 hingga 23 Jun ini. Pasukan itu berada dalam kumpulan C bersama pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).Item Dua pulau ditemui(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2007-07-03) Berita harianPenyelidik Jabatan Sains Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menemui lima pulau, termasuk dua pulau yang dikatakan hilang akibat hakisan, dikawasan Hutan Paya Laut Laguna, Setiu. Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md Yassin, berkata pulau berkeluasan lapan hektar itu dikesan oleh kumpulan 20 penyelidik pada 2005 melalui kaedah pemetaan Differential Global Positioning System (DGPS) ketika membuat kajian untuk memajukan kawasan Tanah Bencah Setiu.Item Tolak asrama sebab nak bebas(Utusan Melayu (M) Berhad, 2007-07-03) KOSMOTindakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menolak untuk tinggal di asrama bukan disebabkan bayarannya yang mahal, sebaliknya mahu bergerak lebih bebas dengan menyewa di luar. Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)UMT, Mohd Hakimie Zainal Abidin memberitahu, pelajar ini mungkin tidak selesa dengan peraturan asrama dan ingin hidup berdikari sepenuhnya.Item 2039 penuntut daftar masuk UMT(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2007-07-03) Berita HarianSeramai 40 daripada 2039 penuntut yang mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim yang ditawarkan mulai tahun ini. Kursus dibawah Fakulti Pengajian maritim dan Sains Marin itu ditawarkan selepas UMT dinaikkan taraf dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) awal tahun ini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr. Abd. Majid Mohd Isa, berkata seramai 2039 pelajar ditawar tempat di UMT yang menawarkan 25 program pengajian di empat Fakulti.Item Kerjasama WWF, UMT pulihara Tanah Bencah Setiu(Utusan Melayu (M) Berhad, 2007-07-04) Utusan MalaysiaTabung Alam (WWF) Malaysia bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk memulihara kawasan Tanah Bencah Setiu seluas 9200 hektar dalam usaha mengekalkan keunikan biodiversiti untuk generasi akan datang. Kawasan berkenaan yang meliputi hutan Paya bakau, tanah lembap, hamparan rumput laut serta pantai berpasir adalah aset penting kepada industri perikanan, pertanian dan pelancongan.Item Wartawan, Exco Kerajaan Negeri candat sotong(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-07-04) Sinar HarianSeramai 65 peserta menyertai Program Mencadat Sotong Pemimpin dan Media Besama Nelayan yang diadakan disekitar Perairan Pulau Kapas Marang malam kelmarin. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan peserta terbabit.Item 1600 dijangka sertai Sukan Muhibah UMT(Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., 2007-07-05) Sinar harianKira-kira 1600 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dijangka akan mengambil bahagian dalam sukan Muhibah kali ke 2 pada 13 dan 14 Julai ini. Penolong Pegawai Belia dan Sukan UMT, Jassmin Johari berkata, kejohanan dua hari kelolaan Pusat Sukan UMT itu akan mempertandingkan enam acara utama, iaitu bola jaring, futsal, bola tampar, bola keranjang, badminton campuran dan larian muhibah.