Browsing by Author "Rofishah Rashid"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item Tahap Amalan Kepemimpinan Pengerusi Masjid Di Terengganu(Journal of Business and Social Development, 2016-03) Hailan Salamun; Rofishah RashidArtikel ini bertujuan untuk membincangkan empat amalan kepimpinan dalam kalangan pengerusi jawatankuasa masjid. Berikut adalah amalan kepimpinan; menyemai pembinaan ihsan, hubungan intim, budaya ilmu dan aktiviti pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, kelemahan pengurusan dan kepimpinan jawatankuasa masjid sebelum ini sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan pengimarahan masjid. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif untuk mendapat jawapan setelah data diperoleh melalui soal selidik dan ditadbirkan kepada sampel kajian yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid. Hasil kajian ini menunjukkan tahap amalan kepemimpinan berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini menunjukkan pengerusi-pengerusi masjid di seluruh Terengganu boleh memimpin perkara berkaitan dengan kerohanian dan pembangunan ilmu. Namun, amalan kepemimpinan pengerusi masjid masih kurang menyerlah dalam aspek-aspek ilmu profesional dan juga pengurusan berkesan.