Tahap Amalan Kepemimpinan Pengerusi Masjid Di Terengganu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-03
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Journal of Business and Social Development
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan empat amalan kepimpinan dalam kalangan pengerusi jawatankuasa masjid. Berikut adalah amalan kepimpinan; menyemai pembinaan ihsan, hubungan intim, budaya ilmu dan aktiviti pengurusan masjid. Walau bagaimanapun, kelemahan pengurusan dan kepimpinan jawatankuasa masjid sebelum ini sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan pengimarahan masjid. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif untuk mendapat jawapan setelah data diperoleh melalui soal selidik dan ditadbirkan kepada sampel kajian yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid. Hasil kajian ini menunjukkan tahap amalan kepemimpinan berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini menunjukkan pengerusi-pengerusi masjid di seluruh Terengganu boleh memimpin perkara berkaitan dengan kerohanian dan pembangunan ilmu. Namun, amalan kepemimpinan pengerusi masjid masih kurang menyerlah dalam aspek-aspek ilmu profesional dan juga pengurusan berkesan.
Description
Keywords
Kepemimpinan, Pembinaan ihsan, Hubungan intim, Pengurusan aktiviti masjid, Budaya ilmu
Citation
Vol. 4 (1); 65-77 p.
Collections