Newspaper clippings
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Newspaper clippings by Author "Berita Harian"
Now showing 1 - 13 of 13
Results Per Page
Sort Options
Item 2039 penuntut daftar masuk UMT(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2007-07-03) Berita HarianSeramai 40 daripada 2039 penuntut yang mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam mengambil kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim yang ditawarkan mulai tahun ini. Kursus dibawah Fakulti Pengajian maritim dan Sains Marin itu ditawarkan selepas UMT dinaikkan taraf dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) awal tahun ini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr. Abd. Majid Mohd Isa, berkata seramai 2039 pelajar ditawar tempat di UMT yang menawarkan 25 program pengajian di empat Fakulti.Item 30 pensyarah, kakitangan UMT sertai program anak angkat(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2009-07-24) Berita HarianSeramai 30 kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) termasuk pensyarah dan pegawai sokongan akademik menyertai Program Bakti Staf UMT di Kampung Gemuruh, Tepoh.Item Buru sang serigala Tasik Kenyir(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2008-04-04) Berita HarianSetelah sekian lama dirancang malah menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya Team Kelab Jabatan Pendaftar UMT diketuai Zakaria dengan ahlinya Nazrin, Tamim, A Syukri, Safniezal dan penulis dapat menganjurkan kunjungan ke Taman Negara, Tasik kenyir bagi memburu penghuni dasarnya.Item Firdaus menang undi tertinggi di UMT(The New Straits times Press (M) Bhd, 2010-01-27) Berita HarianPilihanraya majlis perwakilan pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)menyaksikan penuntut tahun dua fakulti pengajian maritim, Mohd Firdaus Md Sayed,23 sebagai calon umum meraih undi tertinggi bagi sesi 2009/2010 yang berlangsung di kampus itu Ahad lalu.Item Inovasi SIDIF(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2010-05-20) Berita HarianKumpulan pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Akademik Laut Malaysia (ALAM) telah menghasilkan satu alternatif baru dalam menghasilkan sistem pemantauan pembiakan tukun tiruan yang diberi nama Spatial Information Databases Integration Framework (SIDIF).Item Maut ditimbus konkrit(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2010-03-30) Berita HarianSeorang buruh binaan warga Bangladesh maut manakala empat rakannya cedera apabila perancah besi bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh. Kejadian dikatakan berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendri yang tidak mengutamakan aspek keselamatan di tempat kerja.Item Noorul Shaiful dianugerah Pingat Emas Canselor UMT(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2007-08-28) Berita HarianAnak kelahiran Kuala Lumpur, Noorul Shaiful Abdul Rahman, graduan Sarjana Pengurusan Maritim dianugerahkan Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen kelima Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kelmarin. Pengalaman menjadi pelajar cemerlang bukan perkara baru bagi Noorul Shaiful yang mencipta kecemerlangan dari sekolah rendah, menengah dan pengajian peringkat diploma.Item Pelajar diancam buli siber(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2008-05-05) Berita HarianKementerian Pelajaran mendapati gejala buli siber semakin menular di kalangan pelajar di negeri ini sehingga menimbulkan kebimbangan masalah itu akan menganggu emosi mangsa. Sebagai permulaan, Kementerian Pelajaran akan mengadakan persefahaman dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mencari kaedah terbaik dan berkongsi maklumat bagi menangani gejala buli siber di kalangan pelajar.Item Teknologi sisa kumbahan dikomersial di Arab Saudi(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2009-04-22) Berita HarianSelepas memenangi pingat emas bagi inovasi & reka bentuk di Geneva, Teknologi Tiub Nano Titania (TNT)bagi meneutralkan sisa kumbahan secara semulajadi yang dibangunkan penyelidik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)mendapat satu lagi lonjakan apabila rekaannya dijangka digunakan secara komersial di Arab Saudi tidak lama lagi.Item Teroka produk akuatik(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2008-04-21) Berita HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Eksploitasi Laut Perancis (IFREMER)akan mengembangkan lagi kepakaran dan bertukar pengetahuan dalam meningkatkan lagi penyelidikan dan penerokaan produk berkaitan akuatik.Item UMT gerak pembangunan(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2008-07-15) Berita HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) diamanahkan untuk membantu memacu pembangunan dan pertumbuhan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER)sudah menubuhkan beberapa pusat khusus bagi menggerakkan pembangunan yang dirancang di ECER, titah Raja Permainsuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.Item UMT hasilkan sel fuel daripada tenaga solar,angin(The New Straits times Press (M) Bhd, 2010-02-04) Berita HarianKetua Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi UMT, Dr Mohd Zamri Ibrahim menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencari sumber tenaga alternatif yang muda diperoleh dan diperbaharui.Item UMT, WWF bekerjasama maju tanah bencah Setiu(The New Straits Times Press (M) Berhad, 2007-07-05) Berita HarianUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalinkan kerjasama dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia untuk membuat penyelidikan dan kajian membangunkan tanah bencah Setiu, dekat sini, seluas 23000 hektar. Kerjasama itu adalah program pertama UMT dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi untuk memulihara alam sekitar selepas dinaik taraf daripada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Tanah bencah adalah aset penting Terengganu dalam industri perikanan, pertanian dan pelancongan. Selain sumebr ekonomi dan sumber air bersih kepada penduduk setempat.